Minyak dan makanan

Manusia adalah makhluk tuhan yg diciptakan sejak sekian lama untuk menghuni muka bumi ciptaannya.Tujuaannya adalah untuk mentadbir dan mencorakkan bumi yg sangat indah.Hidup manusia adalah untuk beribadat kepada-Nya dan mengabdikan diri kepada-Nya juga.Bagi melangsungkan kehidupan manusia perlu untuk mengambil makanan sebagai tenaga.Sejak  awal kejadian manusia lagi manusia sudah pandai mengaplikasikan alam sekeliling mereka untuk dijadikan makanan.Baik tumbuhan ataupun haiwan.kesemuanya adalah penyumbang utama kepada kehidupan manusia.

Manusia merupakan ciptaan yg pintar.Mereka bijak menggunakan alam sekeliling untuk kemudahan kehidupan mereka, kerana itulah masyarakat china sudah menjumpai minyak sejak 347 CE.Sejak itulah minyak ataupun petroleum berada bersama manusia.Membantu manusia mengekstrak garam seperti di China.Evolusi terus berlaku sehinggalah 1846 apabila Abraham Pineo Gesner menjumpai cara menghasilkan minyak tanah ataupun kerosin daripada minyak mentah.Bermula daripada situ,petroleum digali secara besar-besaran untuk menghasilkan Petrol,Diesel,Kerosin yg mana semua adalah bahan api untuk membantu manusia bergerak

Namun,sumber petroleum ini adalah terhad,ia bahan fossil yg berasal daripada pereputan, berjuta-juta tahun yg lampau.Ia akan habis.Masalahnya permintaan untuk penggunaannya adalah tinggi dan ia semakin habis.Maka masalah ini menuntut manusia berfikir untuk mengatasinya.Disebabkan kepintaran dan kebijaksanaan manusia,tampillah satu idea untuk mencampurkan diesel(minyak) dengan bahan daripada makanan.Lahirlah Bio-diesel ataupun bio-fuel.Promosi giat dilakukan,bahan api baru ini dikatakan mesra alam,kurang pencemaran.Ini satu solution di mana sebelum ini petrol dikaitkan dengan pemanasan global dan segala macam pencemaran udara,dengan adanya bio-diesel ini masalah ini dapat dikurangkan.

Pengenalan bio diesel ini mewujudkan konflik antara minyak dan makanan.Konflik ini adalah pertembungan terbesar antara sumber kehidupan manusia.Manusia sentiasa memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup,manusia juga memerlukan minyak untuk bergerak.Ini menimbulkan konflik dalam kehidupan manusia.Manusia memerlukan keputusan dalam perkara ini..Aku akan bawakan sedikit kajian daripada pembacaan aku untuk penilaian bersama.

Seperti mana yg kita ketahui, penghasilan bahan api bio ini memerlukan ekstrak pada tumbuhan tertentu seperti jagung,kelapa sawit,bunga matahari sebagai ethanol yg dicampurkan dengan petrol.Permasalahanya keperluan untuk menghasilkan bio-fuel ini memerlukan pengorbanan.Penghasilan tumbuhan bio ini memerlukan kawasan yg luas sepertimana tanaman komoditi yg lain.Misalnya,keperluan minyak untuk sebuah kereta bagi perjalanan tipikal warga UK(pergi,balik kerja.ambik anak,pergi pasaraya) untuk setahun memerlukan penghasilan ethanol daripada 16 ekar tanaman bio-fuel.Itu baru satu kereta.Jika satu juta kereta= 16 juta ekar tanah ladang.Keluasan ini bersamaan dengan 3 kali ganda luas negeri perak.Jadi anda boleh bayangkan betapa luasnya tanah yg diperlukan untuk tanaman bio-fuel ini, dan berapa banyak penempatan untuk rakyat yg terpaksa di korbankan semata-mata untuk minyak.

Itu kaitan dengan penempatan.Isunya sekarang tanaman bio-fuel ini menganggu penanaman tanaman makanan ataupun food crops,dan sebagaimana kita ketahui tanaman makanan ini sangat penting untuk membekalkan makanan kepada manusia terutama mereka yg berada di Afrika yg mengalami krisis kebuluran yg dasyat.Kita sedar bahawa pembekalan makanan dunia kebanyakannya berasal daripada Amerika Utara,Amerika Selatan,Eropah.Eksport Jagung Amerika Syarikat sendiri mampu membekalkan hampir dua pertiga keperluan jagung dunia.Masalahnya sekarang,disebabkan harga bio-fuel lebih menguntungkan daripada makanan,peladang-peladang mula menjualkan tanaman mereka kepada syarikat-syarikat gergasi yg menghasilkan bio-fuel ini.Laporan daripada Bahagian Pertanian di AS pada pertengahan 2008 menunjukkan hampir separuh kegunaan jagung di AS sekarang adalah untuk bio-fuel.Keadaan ini telah merubah pasaran jagung apabila stok jagung untuk makanan berkurang sebanyak separuh.Permintaan yg tinggi dan pengeluaran yg kurang menyebabkan harga jagung melambung naik.Apabila hrga tinggi,hanya pengguna yg mampu boleh mendapatkan bekalan dan mereka yg berada dalam kelompok miskin,hanya mampu memerhatikan.Kasihan yg miskin akan terus kebuluran yg kaya akan terus kekenyagan.Inilah penangan bio-fuel.Bukan jagung sahaja.Hampir semua pengusaha tanaman makanan seperti gandum dan barli beralih kepada tanaman bio-fuel seperti tebu,bunga matahari dan jagung.Menurut laporan sulit oleh bank dunia isu bio-fuel menyumbang 75% daripada kiris makanan dunia.

Bukan makanan berasas tanaman sahaja yg terkesan dek penangan bio-fuel,tenakan juga trut terkena tempiasnya.Oleh kerana makanan untuk ternakan berasal daripada tumbuhan seperti jagung.Kenaikan harga makanan mengakibatkan kos operasi meningkat,maknanya penternak terpaksa menaikkan harga ternakan di sebabkan masalah ini.Lebih malang,FAO melaporkan sumber protein termurah iaitu telur turut naik 50% diakibatkan perkara ini.Tanaman bio-fuel ini menyumbang kepada masalah ketidak cukupan protein di Afrika terutamanya.

Dilema yg di hadapi manusia sekarang ini adalah untuk membuat 2 pilihan.Samada terus ke arah kelestarian bahan api atau kelestarian manusia.Golongan-golongan yg kaya seperti Shell,Exxon Mobil perlu merangka satu resolusi baru untuk menangani masalah ini.Shell terutamanya adalah syarikat minyak yg lantang bersuara tentang kepentingan alam.Adakah suara Shell ini tidak mahu memelihara kepentingan makhluk bernama manusia.Apakah kepentingan bumi ini andai kata ia tidak di huni manusia..Ini antara persoalan-persoalan yg perlu di jawab oleh mereka.

Bagi kita pula,minyak atau makanan??adakah manusia boleh menelan minyak untuk bergerak,adakah kelangsungan hidup kita disebabkan oleh minyak,Nenek moyang kita yg hidup dengan kayu api sahaja boleh kekal hidup dan beranak cucu.Tanpa minyak!!!.Makanan pula…fakta sains yg terdapat dalam buku teks sains darjah enam.Manusia hanya mampu hidup beberapa minggu tanpa makanan..Jadi anda fikirkan.Anda mahu anak cucu seperti moyang kita ataupun anda memilih jalan untuk hidup beberapa minggu sahaja.Minyak atau makanan..Keputusan di tangan anda!!

5 responses to this post.

  1. Posted by put3alam on 12 Jun, 2009 at 6:29 pm

    ingat bile buat bio-fuel, mslah seleseai. tp…..rupanya mslah lain plak timbul. x ckup bekalan makanan…..BAHAYA SANGAT 2….nnt apa nasib amar? haha….nnt aku cb cr mklumat2 yg ko sruh tu ye amar….hehe….

    redazariz : amboi..smpat melaha aku

  2. Posted by zetty89 on 13 Jun, 2009 at 11:25 pm

    persoalan… Siapakah Ammar Redza Ahmad Rizal???
    mane dapat DATA SULIT DARI BANK DUNIA???
    ade link ke ade skandal??
    susah gak Biofuel nih!!
    hmm…. semuanya bergantung pada rakyat sendiri..
    dan kebijakan kerajaan untuk mentadbir…
    mencari jalan lain…

    redzariz : ape2 pun..biofuel x kuar.FSC yg kuar..ceh….

  3. Ko tulis pe ni? Minyak? Makanan? Ke mknn berminyak? Hehe.. jz kidding..

    redzariz :ape2 la janji berbaloi..meng..heheh

  4. Posted by Nurul Farida on 3 Julai, 2009 at 7:21 am

    Apsal la ade kelebihan kat bunga matahari ea..? Dah la buat kuaci pun guna matahari.. bagi la peluang kat bunga2 lain plak.. Dato’ Ammar.. Respon.. Hehe.. Mcm mana kalau kita ganti dengan bunga tahi ayam?😛

    redzariz : Cik Farida..bunga matahari,sebab kandungn minyk dia tinggi(x slh sy) itu yg praktikal wat bio-fuel,kita boleh gak..kita guna la kelapa sawit kebanggaan kita,saya hrp ini menjawab persoalan awk..

  5. Posted by Nurul Farida on 4 Julai, 2009 at 10:39 pm

    sj je ckp gtu.. hehe.. :p

    redzariz : and..sy saje la blas g2..hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: