Bismillah,aku mulakan entri kali ni.
Nama- AMMAR REDZA BIN AHMAD RIZAL.Lahir pada tanggal 26 SEPTEMBER 1988 bertempat di Hospital Besar Kuala Lumpur.Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.Dibesarkan di Ipoh,Perak.Aku menetap di Taman Desa Pengkalan Indah,turut terletak di Ipoh,Perak.Aku bakal berumur 21 tahun pada 2009 yg bakal menjelang tiba.Adik kedua berumur 16 tahun dan yg ketiga 12 tahun.Kedua orang tuaku berumur 49 tahun dan 44 tahun.
Baiklah,pendidikan asasku bermula ktika aku berumur 5 tahun,Orang tuaku menghantar anaknya ini ke Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI).2 tahun aku di sana,banyak perkara asas tentang dunia dan akhirat aku belajar di sana.Aku mula mengikuti pendidikan wajib di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh yg hanya 0.5 km daripada rumahku.Persekolahan rendahku bermula pada tahun 1995 dan tamat pada tahun 2000 selepas aku dengan jayanya memperoleh 5A di dalam UPSR ketika itu.Tamat di SKPP aku meneruskan persekolahan menengah aku di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan @ SEMESTI,sebuah Sekolah Berasrama Penuh(SBP) yg terletak di Hilir Perak bersempadan dengan Kuala Selangor.
Di sini aku didedahkan dengan cara hidup berdikari,untuk hidup dan menguruskan segalanya seorang diri bukan satu perkara mudah lagi-lagi selepas 13 tahun untuk dengan ibu bapa dan selaku anak sulung aku memang agak manja dengan kedua orang tuaku.5 tahun aku bersekolah di SEMESTI,pelbagai perkara aku alami dan pelajari.Di sinilah aku mula mengenal dunia perdebatan yg tidak akan aku sangka,akan terus menjadi nadi hidupku..Di SEMESTI aku hanya menyandang jawatan Ketua Pustakawan,Presiden Persatuan Sains dan Matematik(PRISMA) dan Setiausaha Rumah Omega.Kesemua Jawatan ini aku sandang ketika aku berada di tingkatan 5.Di SEMESTI, pencapaian akedamik aku agak baik,aku berjaya mendapat 8A dalam PMR pada tahun 2003 dan 9A 1B pada SPM 2005.Dunia perdebatan aku kurang cemerlang di sini.Aku hanya berjaya mendapat cap mewakili sekolah dalam 2 pertandingan utama yakni Debat Terbuka UIAM dan Piala Perdana Menteri (PPM).Kami tewas pada Sekolah Alam Shah (SAS) yg dibimbing oleh saudara KamarulNizam Kamal yg akhirnya akan menjadi salah seorang individu penting dalam hidup aku.
Tamat di SEMESTI,Aku mencuba nasib untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara namun rezeki aku belum sampai.Aku mendapat tawaran untuk ke Kolej Matrikulasi Perlis dan Pusat Asasi Sains Pertanian UPM.Mudah aku memilih,aku menerima tawaran ke UPM kerana UPM lebih hampir dengan rumah aku berbanding KMP yg nun terletak di ceruk utara sana.Di Pusat Asasi Sains Pertanian UPM(ASASI boleh juga dikenali sebagai ASPer),aku mengikuti program Asasi selama 1 tahun setengah.Di UPM inilah,rupa-rupanya karier perdebatan aku akan bersambung dan berkembang.Pertemuan pertama dengan Saudara Syamsul dan Saudara Amiruddin x akan aku lupakan,2 insan ini memang handal dalam dunia perdebatan dan pengucapan awam berbanding dengan diri aku ini.Platform pertama yg membiolehkan aku mengasah bakat adalah PENDEKAR.Pertandingan yg julung-julung kalinya diadakan itu membolehkan aku mengasah bakat yg sudah lama di pendamkan.Namun nasib x menyebelahi aku.Pasukan Kolej aku iaitu Kolej 13 tewas di tangan tuan rumah iaitu K6.Bermula dengan pertandingan itulah,karier aku terus berkembang dan teriama kasih diucapkan kepada Saudara KamarulNizam Kamal yg menjadi jurulatih dan ke atas kepercayaan yg diberikan kepada aku.Juga terima kasih diucapkan kepada semua ahli KDBM serta Pendebat UPM terutama Syamsul dan Amer,kalian yg banyak membantu aku membangun..Usai ASASI aku menyambung pengajian dalam Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) dan kini aku baru hendak menamatkan tahun pertama pengajian dalam peringkat ijazah ini.Ada 3 tahun setengah lagi tempoh masa aku di UPM ini.Insyaalllah…
Begitulah perjalanan hidup aku bermula daripada bertatih sehinggalah mampu berjalan dan kadangkala berlari..Sedikit tentang diri ini,Aku merupakan seorang yg KONSERVATIF,walaupun aku kadangkala berpikiran Sekular dan Liberal namun asasnya aku masih terikat dengan adat dan budaya masyarakat Melayu yg beragama Islam..Namun aku masih bebas menerima pendapat daripada sesiapa pun.Aku juga merupakan seorang yang mudah untuk didampingi.Sesiapa saja yg sudah kenal aku pasti tahu aku ini x kisah walau dilahar selahar mana pun.Aku juga jarang mengeluarkan isi hati secara direct,aku lebih suka menggunakan lapik bahasa kerana bahasa itu indah.Jadi dalam kata lain,aku suka memerli orang..Aku jarang nak marah-marah dan mempamerkan kemarahan aku.Aku berpendapat dalam semua aspek,pastii boleh dibawa berbincang terlebih dahulu,BERGADUH??itu adalah langkah terakhir dan HARUS dihindari…
Mengenai aspek lain,aku mudah dibawa berbincang..Aku juga merupakan seorang yg simple.X banyak songeh dan kerenah kecuali dalam perkara-prkara tertentu..Aku suka memerhatikan orang dan sekeliling dan membuat pemerhatian sendiri.Maka intuisi dan pendapat di dalam blog ini hanyalah berdasarkan pemahaman aku..Jangan ada yg terasa hati..
Nak kenali aku,bolehlah menghantar email di andrian_0588@yahoo.com.Insyaallah emailnya akan aku balas,xpun hanya perlu tinggalkan komen di laman blog ini dan aku akan memberi respon secepat mungkin..
Sekian,Enjoy reading
Posted by s.a on 6 Mei, 2010 at 11:55 pm
sy rs sy sgt tertarik nk bkenalan ngn awk..sy jth cnta bl bc psl awk..x tdo mlm tbyg tntng awk..sy hrp awk sudi bkenalan ngn sy =)
redzariz : ceh,mcmla x knl sape anto ni…