Mikhail…

Aku baru usai menamatkan pembacaan novel Mikail(x sure correct spell) karya novelis kegemaran aku Ramli Awang Mursheed.Novel tersebut aku beli daripada gerai buku yg terletak di tingakt bawah The Mall semalam. Lama sebenarnya aku menanti novel itu.Perasaan tidak sabar itu mengundang keghairahanmenyebabkan aku mengabaikan tawaran ida untuk meminjamkan novel yg serupa dan memlih untuk mengorbankan RM19.90 milikku.

Novel ini memang menarik.Walaupun plot secara kasarnya nampak mudah.Secara asas menceritakan seorang lelaki,pembunuh upahan jatuh cinta dengan sasarannya,kemudian ingin membongkar kebenaran dan di akhiri dengan penamat yg menggembirakan.Tapi novelis berjaya untuk mengolah dengan baik,dengan memasukkan unsur konflik,suspen dan yg paling penting menjadikan jalan certia menarik memaksa aku menghabiskan membacanya dalam masa kurang 3 jam(masa keseluruhan pembacaan).Saudara Ramli juga berjaya menimbulkan elemen tandatanya yg jelas kelihatan lebih menarik berbanding novel2 sebelum ini (A.D.A.M or Mandatori).

Setiap watak dijelaskan dengan cukup baik sehinggakan semua watak yg bernama di dalam novel tersebut aku tahu latar belakangnnya secara terperinci.Santun bahasa yg digunakan oleh novelis juga menarik perhatian dan mampu menjana imaginasi pembaca.Secara jujur,gaya bahasa yg digunakan oleh Ramli dalam novel ini adalah antara terbaik berbanding novel2 yg dihasilkan sewaktu awal penulisannya (Ranggau,Semangat Hutan).Jelas kelihatan novelis sudah semakin matang dalam mengolah ayat dan memanipulasikan bahasa untuk membangkitkan suasana.

Ini berdasarkan tafsiran aku ea..xtau kalo orang lain macam mana..Ramli masih lagi gemar menggunakan elemen2 yg pernah digunakan sebelum ini( aku bandingkan dengan A.D.A.M dan Tombiro Terakhir,Satu Janji).Di mana dibayangkan negara Malaysia sangat terancam dan sering menjadi tumpuan pesalah2 luar,perbandingan dengan A.D.A.M jelas memaparkan secara kasar idea yg hampir sama.Nampaknya novelis memang gemar menggunakan suasana seperti ini.Kekejaman yg dilakukan juga hampir sama dengan novel Mandatori di mana watak utama dibayangkan sangat kejam dan tidak berbelas kasihan namun akhirnya dicairkan oleh seorang wanita.Mungkin Ramli cuba mengenengahkan ‘kuasa’ wanita yg mampu menukar dari sejahat2 makhluk kepada kebaikan(juga digambarkan oleh beliau dalam novel2 sebelum ini)

Pada pendapat aku juga novelis banyak bermain sinikal,apabila memggambarkan kelemahan institusi kepolisan negara.Polis2 berpangkat besar seperti ASP masih sanggup berpaling tadah,mengkhianati bangsa dan negara dek kerana sogokan wang.Di sini mungkin mesej yg cuba disampaikan beliau ialah masalah integriti yg makin serius di kalangan penguatkuasa undang2 memaksa rakyat lebih berhati-hati dengan mereka.Novelis juga memberi gambaran negatif apa yg akan terjadi seandainya manusia terlampau mengikut arah,mendengar kata tanpa usul periksa. Dalam novel ini jua,penulis mengangkat darjat wanita dalam kerjaya,apabila sifat murni yg dimiliki wanita seperti ketulusan,kejujuran akhirnya mampu menyelamatkan negara.Sifat penggananas antarabangsa seperti AS juga dikritik secara sinikal oleh penulis,lambang matawang negara tersebut dijadikan asas untuk mengaitkan negara itu dengan kes2 jenayah terancang.Perilaku watak utama yg mempunyai masalah identiti juga hampir sama dengan novel2 seperti Tombirou dan Ungu Karmila namun ia tidaklah menjadikan watak itu seolah2 dicedok daripada novel2 beliau sebellumnya,watak utama dihasilkan dengan cukup baik dan meletakkan dirinya berbeda berbanding watak2 utama sebelum ini.

Kesimpulannya,novel ini memang berbaloi untuk dibeli dan dibaca buat peminat2 novel dlm negara ini.Buat peminat novel2 jiwang2 tu apa salahnya beralih angin kepada novel2 berbentuk thriller seperti ini.Memang berbaloi,rugi x baca……….

5 responses to this post.

  1. Posted by Nurfa_Nadz on 2 Julai, 2009 at 1:16 pm

    Heheh.. igtkn lelaki ni xberminat nk membaca novel.. maklumlah name pun novel kn.. tebal pulak.. kne imaginasi lagi.. klu komik lainlah.. sume dh digambarkan.. xperlu membayangkan bagaimana rupa watak ni.. heheh😛 – comey la ammar –

    redzariz : imaginasi adalah permainan pertama si manja..mungkin sy dididik sedemikian rupe..hehe

  2. salam reza.

    serius. aku mint gila ngan penulisan RAM.

    masih belu berkesempatan nak baca novel mikhail.
    nak ushar pas ni.

    by the way,
    ko nye analisi mmg betul.
    RAM nye idea sama. tapi olahan berbeza.
    menarik!

    redzariz : wassalam meor,itu pada persepsi saya saja yg memg xda bkat dlm mengkritik secara profesional..hehe..tapi novel die tetp best and sy ada kebanyakan koleksi novel RAM,cepat bc…best!!

  3. akak dah bc dah novel tu…lama dah…hehe…n its true…superb!

    redzariz :yeah..trully superb..

  4. ammar, aku pun dah bace mikhail ni.memang mantap citer die.kalah novel2 die lain.pada mulanya memang nampak mudah je cite kan,tapi at last aku xdapat jangka pun ending die boleh jadik macam 2.hehe.memang mantap la ramlee ni tulis novel.hehe

    p/s: anyway aku dah tukar address tau.jangan lupe tukar kat link tu k

    redzariz : ok syamil…hehe,nanti aq tukar alamat link…

  5. Posted by fazrieha on 16 Ogos, 2009 at 6:18 pm

    wau..tak sangka amar pun peminat novel RAM..tapi ke’best’an cerita-cerita dia mmg tak boleh dinafikan…

    redzariz : yeah fazrieha…memg besh pun….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: