Debat dan Umpat

Keupayaan manusia untuk bertutur dalam berkomunikasi membezakan mereka dengan binatang. Bait- bait kata yg terucap di mulut segenap manusia di atas muka bumi ini membolehkan kita melaksanakan kerja2 sosial seperti mana fitrahnya seorang manusia. Namun, fitrah juga mengajar manusia erti hasad dan dengki di kalangan mereka. Adalah satu perkara normal untuk seorang yg bergelar manusia menyimpan sifat cemburu ke atas manusia lain. Daripada kelakuan inilah yang dikahwinkan dengan kemampuan manusia untuk bertutur maka isltilah perbalahan melalui kata2 ataupun debat lahir. Akan tetapi tidak semua mempunyai kejantanan untuk berdebat, hasilnya timbul pula satu istilah untuk manusia menzahirkan perasaan tidak puas hati ke atas manusia lain melalui cara bertentangan. Istilah itu dipanggil Umpat.

Dua motif yg sama namun dua modus yg berbeza. Bagaimana hendak kita bezakan antara 2 perkara ini. Mana satu yg lebih mulia yg patut dijunjung dan yg mana satu pula yg perlu disanggah. Secara lahiriahnya manusia tidak suka ditikam dari belakang. Debat mengajar manusia cara berhadapan sesama manusia yg berbeza pegangannya secara berhadapan. Namun debat tidak lah semudah mengolok-olokkan ataupun mempersendakan orang lain tanpa bukti yang kukuh. Penghujahan dalam perdebatan mestilah berasaskan 2 perkara.Pertama membuktikan pegangan kita benar, dan menyanggah pegangan pihak lawan. Ini barulah boleh dikatakan debat. Mengumpat pula lebih mudah caranya. Kita hanya perlu menyalahkan pihak lwan melalui bidasan tanpa perlu menegakkan kes kita sendiri.Lagi senang pabila hujah kita hanya sekadar kata2 tanpa disulam dengn bukti yg kukuh. Jadi tampak beza bukan antara debat dan umpat.

Baiklah dalam senario perdebatan masa kini, apa yg silapnya. Para pendebat lazim menjadikan bidasan sebagai rukun mereka. Oleh sebab itulah kita sering saja melihat pendebat yg bertindak zalim terhadap masa penghujahan mereka. Perkara ini sering terlepas pandang terutama sekali pada pendebat kedua. Kegirangan membidas menyebabkan mereka naik “syehnya” sampai terlupa penghujahan yg perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu jugalah,terdapat pasukan terutama pabila bergelar pembangkang terlupa hendak mendirikan asas bangkangan yakni kes mereka sendiri. Sedangkan, perbuatan membidas tanpa menegakkan kes mereka sendiri adalah sama dengan perbuatan mengumpat. Jadi perkara ini yg perlu kita bendung. Ini bukan lagi sekadar teori tapi memang menjadi realiti…

Saya faham memang seronok membidas orang . Apatah lagi irama bidasan disambut dengan tarian tepukan oleh penonton di sekeliling.Tapi kita harus faham perbuatan kita tersebut tidak melambangkan tahap keintelektualan kita. Kalangan pendebat mewakili institusi pengajian tinggi yg telah memperuntukkan masa sekurangnya 12 tahun mendamba ilmu. Akan tetapi perbuatan tersebut sama seperti makcik2 yg terdapat di kampung yg tahap pendidikannya kadangkala tidak pernah melepasi peringkat sekolah rendah. Janganla kita melakukan perbuatan yg tidak mencerminkan peringkat kita. Kita semua sudah dewasa, penuh dengan ilmu. Perkara asas ini sepatutnya sudah menjadi rukun yg wajib kita laksanakan. Usahlah bertindak mengikut perasaan.Kelak binasa diri ini….

Sekian….

Advertisement

One response to this post.

  1. 1. Tahniah kepada UPM kerana menggondol johan di Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2009…
    2. Memang perkara yang saudara tekankan di atas sering menjadi masalah kebanyakan pasukan.
    3. Semoga berjumpa lagi di siri pertandingan akan datang… 😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: