Archive for Januari 2009

Selamat Berjaya!!!

Debat Terbuka Astar….Debat Inter-Varsiti yg pertama aku sertai..Banyak kenangan manis yg aku perolehi dalam debat pada tahun 2006 itu..Walaupun debat ini x tersenarai dalam kalender MADUM, namun aku akui debat ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam memori aku..

Penyertaan kami (tinggal aku ngan syam je skang) dalam DTA ini sebenarya hanya sekadar untuk menimba pengalaman,Yela bukannya ada apa2 latihan.Tamat je Debat Integriti ketika itu terus kami ke ASTAR,tiba je di sini kami di sambut dengan temu ramah oleh wartawan stesen tv internet( x ingt nama die).Ketika tu,x ada siapa yg memandang UPM.UPM hanya pasukan kecil yg tidak membawa nama…kami berjaya memenangi 4 daripada 6 perlawanan melayakkan kami ke pusingan octo-final,namun pengalaman paling menarik ialah ketika suku akhir, di mana itu adalah perlawanan paling bermakna bagi kami,tanyalah syam ape sebabnya..kami akhirnya berjaya layak ke final dan syukur berjaya menjadi johan apabila mengalahkan pasukan UiTM (pasukan yg tidak pernah kalh sebelum itu).Aku faham betapa bermaknya pentas final walaupun kejohanannya tidaklah segah debat-debat MADUM yg lain.

Kerna itu,aku fahami perasaan Fazil,Biha dan Fiza pabila layak ke pentas final malam ni.Tahniah dan Selamat Berjaya untuk korang semua,buat Badri juga, tahniah kerana berjaya mendapat hatrik(3 final berturut2).Buat korang,lakukan yg terbaik…Aku doakan kejayaan kalian..SELAMAT BERJAYA!!!

Advertisement

Dekat Tapi Jauh…

Pernahkah anda merasa sesuatu benda itu kelihatan hampir dengan anda tapi sebenarnya ia sangat jauh dari anda…

Aku sendiri pernah merasa dan sedang merasai keadaan tersebut.Aku ingat satu ketika dulu,menyaksikan perlawanan antara AC Milan menentang Liverpool.AC Milan sudah pasti terasa hampir dengan Piala Liga Juara-Juara Eropah apabila mendahului Liverpool dengan 3 berbalas 0.Tapi piala yg rasa hampir di hati penyokong Ac Milan rupanya sangat jauh di tangan mereka.Liverpool berjaya memenangi perlawanan dramatik pada tahun 2005 itu dengan penentuan sepakan penalti..Memang menarik perlawanan itu..

Situasi dekat tapi jauh ni biasalah bagi kita,malah ada je komposer yg mencipta lagu berasaskan perkara ini.Situasi kedua yg aku rasakan dekat tapi jauh ni,bila aku berada di pasaraya.Seringkali aku terlepas untuk ke gerai yg ingin aku tuju disebabkan terlepas pandang.Geram!! kadang2 dua tiga kali aq tawaf pasaraya tersebut baru la jumpa gerai ataupun booth yg ingin aku tuju.Kadang2 gerai tu terletak berhampiran dengan pintu masuk ke pasaraya tu dan AKU X BOLEH PERASAN LAK..Xke namanye dekat tapi jauh..

Untuk benda pulak, tersalah letak ataupun misplace ada

Bukan sahaja situasi,tempat ataupun benda.Malah orang gak kdg2 aku rase dekat tapi jauh jer…Ada ea..hehe..ada kot…entahla..ehe

Dari Pasir Mas ke Kajang…

Seharian Mat termenung di hadapan verandah rumahnya.Memerhatikan kawasan permai itu cukup untuk menenangkan hatinya.Bagi dirinya kawasan terpencil di Kajang itu cukup untuk menambat hatinya daripada berpindah ke kawasan lain.Fikirannya jauh melayang mengingat kembali, bagaimana dirinya boleh bermastautin di bumi indah ini..Panjang ceritanya sama panjangnya dengan masa Mat duduk termenung.Kadangkala terpancar senyuman di wajahnya,kadangkala juga air mukanya bertukar muram..Banyak perkara yg bermain di benak pikiranya..Sehinggakan kanak-kanak yg datang belajar mengaji dengan ibunya memberi salam turut tidak diendahkanya.Baginya melayan permainan mindanya lebih mengasyikan sehingga terlupa dunia sebenar….

**************************************

Mat bukanlah orang jati Pasir Mas, Kelantan negeri yg satu ketika dahulu diberi gelaran serambi mekah atas usaha rakyat2 negeri itu menyebarkan ilmu agama Islam.Dia juga adalah pendatang yg berasal daripada negeri di utara tanah air..Datang ke kawasan yg jauh bezanya baik daripada segi adat dan makanan semata-mata dengan satu hasrat..Dia ingin menawan kawasan itu….Entah mengapa kawasan yg tidak  semaju negeri kelahirannya itu yg dipilihnya..Mat sendiri tidak mempunyai jawapan yg jelas ke atas soalan itu..Yg pasti dirinya sudah tertarik dengan tempat itu dan dia sudah bertekad untuk menjadi ketua..X kisahlah ahli parlimen ataupun sekadar D.O (Pegawai Daerah)..Janji dia berpeluang untuk menjadi ketua bagi kawasan tersebut..

Bermulah episod baru dalam hidup Mat.Kali pertamanya,dia cuba bermesraan dengan penduduk setempat..Untuk itu dia perlulah menukar dialeknya ke dimensi baru..Cakap Kelate..Layanan yg baik diberikan kepada Mat..Penduduk kampung juga beramah mesra dengan Mat..Layanan yg sedemikian menggalakkan Mat untuk lebih berusaha dalam mencapai cita-citanya..Namun belum sampai seminggu Mat cuba untuk memahami penduduk setempat dan menyebarkan dakyah serta doktrinya,penduduk setempat mula berubah angin…mereka mula jelik melihat perangai Mat.Kerenah penduduk tersebut mengusutkan fikiran Mat.Dia mula berfikir akan kesilapannya..Nak kata dia tidak raji, sering sahaja dia membantu penduduk baik dari segi bercucuk tanam hinggalah membantu menjaga anak2 penduduk kawasan tersebut (ala2 taska gitu…). Bahkan Mat sering sahaja menjadi tempat luahan hati penduduk yg mempunyai masalah..Mat jaga mereka semua..Tapi..mereka tetap sudah seolah2 jemu dengan Mat..Tapi Mat bukanlah jenis orang yg mudah berputus-asa, baginya semua itu satu cabaran apetah lagi ditambahkan dengan sifat Mat yg setia pada satu..begitulah perasaanya ke atas Pasir Mas ni..

Bukan sebulan dua,malah 6 bulan telah berlalu..namun Mat masih tidak nampak cahaya malah sinar pun sedikit tidak kelihatan yg dirinya bakal dilantik sebagai kepala di kalangan masyarakat tersebut.Mat mula berputus harap..Pernah Mat diherdik pabila menyuarakan hasratnya..Bukan kerana terlampau gila kuasa,tapi niatnya untuk membimbing dan memimpin penduduk kawasan itu yg tidak ada ketua. Bagi Mat,dia merasakan dirinya diberi peluang untuk sekurang-kurangnya menunjukkan bakat untuk mengetuai mereka..Namun, perkara itu hanya angan2 Mat..Bukan Mat orang yg kedekut, semuanya dikorbankan..baik dari wang ringgit dan masa.Semata-mata untuk mereka..Tapi apa yg Mat dapat hanyalah seperti lgu Cuba nyanyian Faizal Tahir..Paling tinggi pelaburan Mat adalah dengan pembinaan Menara Jam di tengah2 pekan Pasir Mas itu..Namun, masih sama sahaja..xada perubahan..

Mat bukan berseorangan..dia sering meminta pendapat rakannya yg berasal daripada Kajang untuk membantunya.Rakannya setia memberi nasihat kepadanya dan menjadi tempat untuk Mat mengadu pabila dalam kedukaan..Rakannya sentiasa kasihan melihat Mat yg diperlekehkan oleh penduduk setempat..Lantas, dicadangkan Mat untuk mencuba nasib di kawasan kelahirannya di Kajang..

Kajang..Bagi Mat itu kawasan yg sukar ditawannya..permintaan untuk menjadi ketua sangatla tinggi menyebabkan ramai calon yg mencuba nasib..Mat kenal sangat kawasan itu..mempunyai banyak bekas2 D.O malah masih banyak lagi yg memohon untuk menjawat jawatn itu..Mat rasakn yg dia tidak mampu bersaing dengan meraka..Tapi lama2 Mat geram dengan kawasan lamanya..dan tertarik dengan kawasan baru itu..cuma dia takut untuk mendengar lagi kata-kata yg menolak dirinya selaku pemimpin..

Namun pabila menjelang satu persidangan Ketua-Ketua kawasan di adakan di gombak, ketua kawsan untuk Kajang kosong kerusinya..Ini membuatkan mamat lebih komited akan niatnya..Menjadi ketua di kawsan tersebut.. Di Kajang Mat  tidak keseorangan..Rakannya tutut membantu Mat menyelesaikan masalah dan membantu dirinya menjalankan tugas,Kajang juga slebih kurang sama dengan pasir mas. Bahkan semasa lawatan Mat ke sana semenjak 3 bulan yg lalu, rakyat kajang begitu baik hati, komited dalam menjalankan tugas, dan sentiasa saling menasihati antara satu sama lain..Mat sudah tertarik dengan Kajang,Pasir Mas sudah semakin dilupakan.

Maka menjelang persidangan Ketua-ketua kawasan, Mat sudah mula melobi di Kajang, pedulikan Pasir Mas,tiada siapa yg hiraukan Mat di sana walaupun kadangkala Mat cuba-cuba berhubung dengan penduduk di Pasir Mas kembali..Di Kajang, Mat sudah tidak peduli,Mat sudah tidak kisah,Mat saja buat-buat x endah dengan kata-kata orang yg memerlinya akan tindak-tanduknya itu.Ya lah..tiba-tiba saja berubah hati..bagi Mat manusia itu sentiasa berubah dan pada hematnya, tindakannya pada kali ini adalah tepat..Walaupun Mat pada mulanya segan-segan untuk menonjolkan dirinya, tapi akhirnya keberanian daripada pengalaman yg lalu, Mat menawarkan diri selaku Ketua di sana..bukan mudah untuk Mat tiba-tiba sahaja menjadi ketua..Seperti biasa pada mulanya hasaratnya ditentang. Namun peribadi Mat akhirnya dapat memikat penduduk kawasan Kajang,dan menjelang kemuncak persidangan tersebut pada hari ke-2 bulan akhir tahun tersebut.Mat diterima menjadi ketua bagi kawasan itu..

Bukan kepalang seronoknya Mat ketika itu,hanya tuhan yg tahu betapa riangnya hatinya.Jiwanya menjerit kegembiraan..Puas…Bermula dari saat itu Mat mula menetap di Kajang, menjalankan tugas di negeri indah permai itu…

************************************

Mat hanya tersedar daripada lamunannya apabila ibunya menjerit memanggilnya masuk untuk makan malam…hampir seharian Mat berada di anjung rumahnya..Mat mengangkat dirinya,melangkah masuk ke dalam,sebelum menutup pintu verandah rumah..Sekali lagi dia lemparkan pemandangan ke luar, menyaksikan garis-garis merah yg mewarnai ruang angkasa di ufuk barat,matanya tertacap pada sekumpulan kanak-kanak yg lari menuju kerumah masing2,takut dimarahi orang tua mereka kerana main sampai ke senja..Hati Mat tersenyum.Dia memilih keputusan yg tepat……

Sekian..

P:s. Ini adalah Satira

Hak & Kepunyaan

Kita mempunyai Hak ke atas segala kepunyaan kita..Melihat kepada lumrah alam, semua orang akan mempertahankan hak dan kepunyaanya.Bukan sahaja kita selaku manusia yg melakukan perkara ini.Malah binatang juga dilihat akan mempertahankan hak mereka apabila dicerobohi.Ini adalah hukum asas yg diperakui oleh semua bentuk kehidupan..

Untuk memperoleh sesuatu kepunyaan itu bukan satu perkara mudah.Banyak perkara yg kita abaikan atau kita korbankan untuk memiliki sesuatu benda.Sebagai contoh, untuk memiliki sebuah motosikal, kita terpaksa untuk  mengorbankan belanja makan kita,peruntukan untuk membeli belah terpaksa dikurangkan.Bahkan dalam sesetengah kes, manusia sanggup tidak makan semata-mata untuk memiliki sesuatu barang atau perkara. Dalam konteks ekonomi perkara ini dipanggil trade off.Yakni, kita membuat pilihan ke atas sesuatu perkara berbanding perkara yg lain..Semuanya bertujuan untuk mendapat kepuasan hati dan perasaan.

Lazimnya apabila memiliki sesuatu, kita akan bertindak menjaga perkara tersebut sebaik mungkin menggunakan segala kemampuan kita.Apatah lagi jika sesuatu itu sangat bernilai untuk diri kita,sangat bermakna untuk perasaan kita. Perasaan takut akan kehilangan menyebabkan kita akan sentiasa menjaga perkara tersebut sepenuh hati kita. Maka lahirlah pepatah seperti “Menatang Minyak yang Penuh”. Perbuatan tersebut melambangkan ketelitian kita memelihara dan menjaga sesuatu perkara.Bukan mudah hendak menatang minyak yg penuh,begitulah juga bukan mudah hendak menjaga sesuatu kepunyaan dan hak.

Cabaran dan rintangan,adalah perkara biasa yg kita lalui dalam menjaga kepunyaan kita.Kadangkala pasti timbul di hati kita rasa tertekan,marah pabila terlmpau banyak rintangan yg dihadapi dalm menjaganya..Bahkan sering sahaja kita dengar orang berputus asa dan menerima buta2 ape sahaja takdir yg datang disebabkan tidak lagi mampu untuk mempertahankan hak dan kepunyaanya. Ini adalah tindakan yg silap.Walau apapun rintangan yg menimpa namun kita perlu ingat, segala yg hadir itu akan mematangkan dan menguatkan lagi semangat kita mepertahankanya..Janganla mudah berputusa asa..

Kita pasti akan merasa kecewa apabila kita kehilangan kepunyaan kita,kita pasti marah apabila orang lain merampas atau menyebabkan kehilangan kepunyaan kita..Tapi,Apakah perasaan kita apabila kita menyebabkan kehilangan kepunyaan orang lain..Bayangkan betapa banyak kenangan manis yg disimpan oleh tuan empunya akhirnya kita ragut tanpa kita sedari…Bayangkan….

Peliharalah,sayangilah,jagalah kepunyaan dan hak kita sebaik mungkin…dan penuhkanla amanah dan t/jawab yg diberikan kpd kita dengan sesempurna mungkin

P:s Sory untuk tersayang atas kealpaan dan kelalain diri ini..Tidak mungkin kepunyaan yg satu itu akan aku lupakan..akan dipelihara dan dijaga hingga akhirnya..Biapun Sampai Surga..

Kosong…

Hari ni 25 Januari…Pagi Ahad yang ceria di luar,burung berkicauan sesama sendiri,mengalunkan irama alam yg menjadi santapan telinga aku…Aku dalam bilik..Baru lepas bagi yuki ubat,bersihkan sangkar dia.tukar air dan makan..mata yuki semakin baik,semalam x leh bukak langsung..huhu..Hari ni sepatutnya latihan pukul 9,tapi aku mungkin datang 9.30..X mandi lagi…hehe

Pagi ahad yg indah ini terasa kosong di hati aku..Semalam masih lagi berdua,beramai..tapi hari ini…Kosong…Masuk ke tandas,lazimnya bunyi pancuran air jelas kedengaran,tanda bilik air ada penghuninya tapi kini..sekadar titisan-titisan air membasahi lantai jubin bewarna merah jambu..Kosong..

Hallway yg tidak pernah sunyi dengan derapan tapak kaki penghuni kolej ini,kini sekadar menjadi laluan kucing2 yg setia menetap di sini..cuma sekali sekala makcik cleanar melintas lalu..Jika tidak..kosong..Park lot untuk motosikanl yg selalunya penuh dengan pelbagai jenis dan warna motor kini sekadar menjadi hamparan tar yg besar..sekadar menampung daun-daun kering yg gugur dihembus angin..Kosong..

Selain Yuki apa yg menemani aku yg keseorangan hanyalah telefon selular yg menghubungkan aku dan dirinya..pengubat rindu di hati yang..Kosong..ini..Jika tidak PC yg dikuasai dengan AMD Phenom Triple Core ini menjadi santapan mata dan telinga aku..itupun PC ini juga aku rasakan..Kosong..Semua game sudah muak untuk aku main…Lagu2..juga begitu..cliche sudah untuk dihidangkan sebagai halwa telinga aku..

Sudah..aku nak tamatkan suasana..Kosong..ini..Nak Mandi..Nak g 13..Harap2 kat sana x..kosong..ehe..nak harapkan orang tu msg aku..confirm x bgn lagi..huhu

Kesedihan

Kesedihan ataupun Sorrowness( in English) adalah satu bentuk perasaan biasa yg terdapat pada manusia normal.Sesetengah manusia merasakan kesedihan sekali-sekala dalam hidup mereka manakala sebahagian lagi merasakan dunia mereka sentiasa dipenuhi dengan kesedihan.Setiap manusia normal pasti akan merasakan kesedihan walaupun sekali di dalam hidup mereka.Apabila perasaan ini menimpa kita, kita sentiasa menganggap yg kitalah manusia yg paling malang dan kesedihan ini akan membelenggu kita untuk selama-lamanya.

Adakah normal untuk kita berasa sedih??

Ya,manusia normal PASTI akan merasa sedih dalam perjalanan hidup mereka.Baik daripada tidak mendapat sesuatu yg diingini,sehinggalah TERLAMPAU MERINDUI seseorang.Perasaan TAKUT KEHILANGAN juga mampu membawa kepada kesedihan.Di kala perasaan menjadi tidak keruan,emosi terganggu inilah,peranan orang yg paling rapat sangat penting.Merekalah yg perlu membimbing kita,menemani kita agar kesedihan itu tidak terlampau membebankan diri kita.

Bahayakah Kesedihan???

Sudah pasti,kesedihan adalah satu mainan emosi yg mempengaruhi tindak-tanduk kita. Seringkali kita melihat orang yg sedih ini akan menjadi lemah,tidak bermaya dan seolah-olah tidak mampu menjalankan kehidupan seharian yg normal.Malah,kesedihan yg tidak dirawat akan menyebabkan ia jadi bertambah teruk.Apetah lagi,emosi ini mampu memudaratkan fisiologi tubuh kita.Penyakit Demam Rindu dikaitkan dengan masalah ini.Ia merupakan contoh terbaik bagaimana emosi boleh berkait dengan tatacara fisiologi.Kesedihan jika bertambah teruk dan tidak dirawat juga boleh mendorong manusia melakukan tindakan di luar batasan pemikiran. Seringkali kita mendengar kes orang membunh diri disebabkan tidak mampu berhadapn dengan kesedihan yg teramat dalam hidup mereka.

Apakah ubat kesedihan??

Seperti di atas rakan-rakan,teman rapat,keluarga adalah mereka yg mampu mengurangkan kesedihan seseorang.Untuk merawatnya pula terpulang pada individu itu sendiri.Pegangan agama juga memainkan peranan penting untuk kita menstabilkan emosi..jika pengangan kita kuat, kita mampu menghadapinya dengan mudah, bahkan penglaman seperti ini mematangkan lagi diri kita

Kesedihan adalah lumrah kehidupan,bagaimana cara kita mengatasi dan menukarkan kesedihan itu kepada satu pengalaman adalah bergantung kepada individu.Cuma janganla terlampau bersedih…Percayalah, segelap mana yg kita rasa,pasti akan ada sinar cahaya di hujungnya.Terpulang pada kita samada untuk mengejarnya atau tidak…

p:s Fara jangan terlampau sedih.Be positive..jangan banyak pkir…

Pemimpin

Bukan senang untuk kita bergelar pemimpin..untuk dilantik menjadi pemimpin,sudah pasti kita memerlukan kredibiliti yg cukup tinggi, penampilan yg mampu menarik hati sesiapa saja kerana pastinya selaku pemimpin kita juga merupakan ‘role model’ kepada umum..

Pemimpin yg ulung seringkali menjadi sebutan rakyat jelata.Merekalah yg ditanggungjawabkan untuk membentuk negara,menjana pendapatan dan merancang pembangunan.Jika sesebuah peradaban itu berjaya,merekalah yg dipuja dan diangkat sebagai raja.Jika peradaban tersungkur menyembah bumi maka nama pemimpinya  lah yg dicaci maki..

Pabila membangkitkan soal pemimpin dan kepimpinannya,kita perlu sedar..Pemimpin tidak semestinya harus mengepalai sesebuah negara atau peradaban yg ulung.Cukup sekadar menjadi ketua bg satu komuniti, kita sudah menggalas t/jawab selaku pemimpin..Ya, benar..menjadi ketua keluarga turut termasuk dalam kelas pemimpin..Mungkin nampak remeh dan kelakar namun tidak salah jika saya mengatakan,saya berada sebaris dengan Julius Ceasar,Montezuma dan Maharaja Meiji..Ya,saya pemimpin,mereka juga merupakan pemimpin yg agung,cuma kelas kami berbeza..Saya sekadar memimpin komuniti kecil di tanah Serdang,sedangkan mereka merupakan golongan yg telah mencorakkan dunia ini..Tapi secara asasnya..saya tetap sama dgn mereka walaupun sekadar nama..

Terlanjur menyebut mengenai pemimpin,2 nama yg disebut bakal membawa sinar perubahan.Seorang dikatakan bakal meneraju negara gergasi ekonomi dan ketenteraan ke satu landasan yg baru, yg dikatakan berbeda dgn pemimpin sebelumnya..Seorang lagi dikatakan bakal membawa sinar baru kpada penghuni lembah ilmu terbesar di Malaysia ini..Ada persamaan di antara mereka..Bukan sekadar tona kulit..Tapi karisma yg dimiliki mereka mampu menarik sejumlah besar kepercayaan ke atas keupayaan mereka..

Cuma kita berharap,impian dan angan2 yg dipasang tidak kira oleh sesiapa saja yg memilih mereka mampu untuk ditunaikan..Impian untuk melihat bumi palestin diwarnai dgn hijau kesuburan bumi,harapan umtuk melihat kezaliman zionis diadili dan angan2 untuk menyaksikan kampus hijau ini kembali bersinar…Semua ini terletak di bahu mereka..

Ingatlah..pemimpin itu adalah amanah rakyat…

Bahaya!!!

Bahaya ok kalau ada pc baru!!!

Hajat di hati untuk memiliki sebuah komputer yg agak kompeten akhirnya tercapai, jika sebelum ini laptop Bluedot berwarna putih pemberian abah yg menjadi tatapan dan santapan setiap hari kini, ia cuma sekadar simpanan, tersimpan rapi dalam beg hijau kuning yg aku pinjam daripada ida.

Sekarang..

PC yg dijanakan oleh CPU yg dikuasakan oleh AMD Phenom Triple Core yg menjadi mainan aku kala ini..Ditambah dgn 4 gb RAM dan 0.5 Terabyte Cakera Keras..Dibantu oleh kad grfik Nvidia 9500gt 512 mb..

Memang membuatkan aku leka.apetah lagi skrin LCD buatan LG berskala 19 ” dan berbentuk ‘widescreen’.Sistem audio menggunakan headset daripada Creative..cukup untuk membuatkan aku menikmati alam maya ini…

Sebab 2 la aku xda mud nak update blog..hehheheh

Jd..bahaya ad pc bru!!.hehe

Mengemas….

Hari ni aku bertekad,setelah sekian lama x mengemas disebabkan kekurangan mud dan ditambah lg ngan aura pc baru (wat guna men game jor).Aku mulakan langkah awal untuk mengemas..PC aku hidupkan laman webpress aq capai..dan papan kekunci aq jamah bagi menghasilkan enti pertama setelah hampir sebulan x mengemas laman blog ni..

Walaupun tidak rajin @ malas, tapi memandangkan bkat menghuraikan isu sudah semakin pudar dah kusam aku mengambil inisiatif untuk mengilatkannya kembali.Insyallah mulai hari ni laman wordofabsolution akan sentiasa dihiasi dengan entri2 terbaru daripada isi hati aku..OK…

SELAMAT MENGUNDI!!!