Dunia sentiasa berubah.Diwujudkan berpasangan dengan masa,perubahan itu sesuatu yg pasti.Baik dari siang ke malam,Dari cerah ke mendung..Semuanya berlaku disebabkan faktor masa..Pabila kita bercerita tentang dunia,kita juga tidak terlepas daripada kehidupan di dalamnya,daripada sekecil-kecil sel sehinggalah sebesar-besar gajah,semuanya adalah kehidupan,dan mereka juga berubah..
Perubahan yang lazim dan mudah untuk kita ketahui adalah perubahan umur, Dari Muda bawak ke Tua,Dari Lama bawak ke baru,kita mudah untuk membezakan kedua-dua entiti ini. Manusia juga tidak terlepas daripada hukum alam yg cukup unik yg membolehkan perubahan terus berlaku di alam ini.Kitaran hidup menyaksikan putaran usia daripada bayi sehinggalah menjadi dewasa dan tua dan akan meninggalkan alam ini tetapi akan digantikan dengan generasi baru.
Perubahan daripada aspek lama menjadi aspek baru merupakan perubahan yg sering diiginkan.Kita ingin melihat Proton Saga Aeroback tahun 1990 kita digantikan dengan Proton Saga model terbaru.Kita juga mengidamkan,peti ais lama satu pintu berjenama Singer kita digantikan Peti Ais baru berjenama LG atau sebagainya..Tuntasnya,kita melihat benda baru itu adalah perkara yang baik dan sentiasa lebih memudahkan kita.
Baiklah, kita cuba nilai dalam perspektif yg berbeza,bagaimanakah boleh berlaku pertembungan antara yg lama dan yg baru?Adakah nilai yg dibawa oleh yg baru itu lebih baik daripada yg lama?Apakah jaminannya?Apakah landasan yang dipegang oleh mereka yg baru ini.?
Negara kita sendiri boleh menjadi contoh mudah untuk menilai perkara ini,Zaman pemerintahan British jelas melakarkan banyak peristiwa penting yang menjadi rujukan kita bersama.Terdapat 2 golongan utama yg mendominasi pemikiran masyarakat Melayu ketika itu,kalau yang lamanya tentulah golongan tua dan kalau yg barunya adalah golongan muda.Beza antara 2 golongan ini adalah daripada aspek pegangan mereka.Golongan Tua adalah mereka yg mendapat gelaran Kaum Tua, dan mereka ini adalah golongan yg taat setia kepada cara lama atau cara tradisional,mereka menyeru masyarakat beribadat,mengamalkan hukum hakam.Di samping itu mereka menghalalkan budaya kuno masyarakat yg kebanyakannya di bawah pengaruh Hindu,mereka juga tidak ambil kesah mengenai pentadbiran sultan dan raja2 yg tidak berasaskan hukum syarak.Gelaran separa sekular bolehlah diberikan kepada mereka.
Lawannya, adalah golongan Muda yg digelar Kaum Muda,mereka ini kebanyakannya adalah lepasan-lepasan Timur Tengah dimana iman adalah asas perjalanan hidup mereka dan Islam adalah landasan mereka untuk apa jua aspek.Nama-nama seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir,Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan dan Ustaz Baharuddin Latif adalah antara mereka yg lantang menentang kaum tua,kesannya gelombang pertembungan itu disulami juga dengan tohmahan dan fitnah terutama daripada golongan tua yg kurang gemar keilmuan mereka dipersoalkan..
Kita tidak akan menilai kesan walaupun disinilah bermula titik perjuangan untuk Parti PAS yakni selepas Hizbul Muslimin diharamkan dan Tuan Haji Fuad yang dahulunya Ketua Biro Agama UMNO menubuhkan Persatuan Ulama SeMalaya yg akhirnya menjadi PAS.Kita cuma ingin melihat,pegangan golongan muda dahulu adalah agama,mereka memperjuangkan agama Islam yang dijunjung tinggi,mereka tidak gentar walaupun lawan mereka adalah orang yg berpengaruh dan juga penjajah British sendiri.Asas perjuangan mereka begitu mulia dan tidak boleh disangkal.
Kejadian yang berlaku separuh abad lalu berulang lagi zaman ini,Cuma kali ini kita melihat asas dan landasan itu sedikit berubah.Benar keadaan politik kita pada masa ini menyaksikan golongan muda kembali bangkit.Namun asas perjuangan mereka hanyalah….mengangkat seorang individu untuk menjadi ketua negara….Mereka berkobar-kobar di jalanan melaungkan nama pemimpin mereka.Mereka bersungguh-sungguh di mana sahaja untuk menyampaikan dakyah politik pemimpin mereka.Tidak dinafikan ia adalah perjuangan,tapi apakah asasnya?apakah matlamatnya?Adakah mereka akan berhenti berjuang selepas samada pemimpin mereka menjadi ketua negara atau menyahut seruan ilahi?Semua ini adalah persoalan-persoalan yg membelengu perjuangan mereka dan perlu untuk dijawab.
Andai kata, mereka membandingkan bagaimana masyarakat di bumi Hijjaz dahulu berjuang untuk mengangkat Muhammad, bagaimana warga Iran bermandi darah untuk mengangkat Khomeini, dan rakyat-rakyat Perancis berperang untuk mengangkat Napoleon Bonaparte dengan perjuangan mereka..Ini adalah perbandingan DANGKAL!!!Muhammad mengangkat Islam di bumi Hijjaz,Khomeini juga mengembalikan agama dalam politik Iran,dan Napoleon mengenepikan pemerintahan raja yg zalim pada rakyat…Adakah ini sama dengan perjuangan mereka?…..Islam? tidak nampak gayapun, cukuplah dengan melihat kawan rapat pemimpinnya,banyak je bukan Islam,siap ada rakan berbangsa Yahudi Amerika..Kalaulah demokrasi yg dijulang oleh mereka,adakah demokrasi ditidakkan di Malaysia?Apakah jaminan Akta Darurat,Akta Hasutan,Akta Media Cetak akan di hapuskan(kalaupun ISA dihapuskan)?Adakah pemimpin mereka tidak akan melakukan perkara yg sama seperti dialaminya sekarang kepda musuh2nya,andai dia pula mengepalai negara?Dia juga manusia bukan…
Jadi persoalan-persoalan ini perlu dijawab oleh mereka yg memperjuangkan pemimpin mereka,Kalaulah tidak ada perubahan selain untuk kepuasan diri, maka ia tidaklah berbaloi..Lebih baik kita kemaskan apa yg sedia ada sekarang,buang lah kudis-kudis yg melekat,bersihkanlah luka2 yg telah lama melarat..Baiki lah dalaman kita..Insyallah kita boleh berubah…Wallahualam..
P:s AKU ADA SANDAL BARU.IDA YG REKEMEN..HEHEHE
Komentar