Archive for Februari 2011

Masa Depan

Saat di waktu malam selepas rintik-rintik hujan berlalu. Saat itulah hati aku terasa sangat rapuh. Andai disentuh bisa berkecai menjadi kepingan-kepingan jiwa yg sukar untuk disatukan semula. Ah. tapi itu bukan persoalannya..itu hanya diversion yg saja aku wujudkan di awal post ni…

Apa yang bermain di fikiran seorang pelajar universiti tahun akhir sudah tentulah masa hadapannya. Tidak lagi memikirkan masa senang lenang berbulan madu bersama dengan rakan-rakan lain 2-3 tahun lalu. Waktu itu telah berlalu, biarlah ia menjadi kenangan untuk dikenang di hari mendatang kelak. Owh, tidak mudah menjadi final year student. Perlu mula mencongak-congak dan mula merencana masa hadapan. Apatah lagi selepas meninggalkan bangku pembelajaran di menara gading ini. Itu belum ambil kira nak memikirkan tempat untuk LI semester hadapan. Semua itu membuat otak ini jadi buntu dan kadangkala jiwa ini jadi kacau. Di tambah lagi dengan rasa malas yg dibantu dengan subjek-subjek menyusahkan seperti kalkulus. Kesedaran itu ada, tapi ia perlu berlawan dengan rasa malas yang aku sendiri pun tidak tahu siapa pemenangnya. Ah, biarkan itu tugas akal dan jiwa, aku hanya menurut perintah mereka. Rasa tekanan memang seronok, ia lebih seronok daripada rasa aliran adrenalin yg acapali kita rasa bila ada dalam situasi getir, terutama bila hampir kemalangan, naik roller coaster, atau nak bergaduh. Tekanan ini juga boleh buat kita ketagih. Tak percaya, cubalah. Lebih afdal dimulakan dengan membuat kerja saat akhir. Owh rasanya..x terungkap dek kata.

Masa depan……Biarlah..banyak masa lagi, x perlu risau sekarang..sekarang baru aku rasa..entri ini tidak berhala tuju..ah ada saja..jadi kesimpulannya, mulakan kembali menulis, terutama bila dalam pengaruh tekanan..rasanya memang nikmat….

Advertisement