Akhirnya hari ni aku mempunyai mud untuk menamatkan trilogi episod debat diraja kali ini..Baiklah usai sahaja kami mengetahui pasukan kami akan bertemu dengan UiTM Utama A,terserlah bibit2 kerisauan pada air muka kami,perkara ini diakui oleh Kak Yong, yg merupakan penyejuk pada pasukan kami(aku ngan syam memang sentiasa jadi pemanas.hehe).
Malam sebelum suku -akhir aku membayangkan kepayahan bertemu dgn team mont esok..aku berharap aku x menggigil esok..hehe..Paginya kami kali ni dengan sut kemeja bewarna kuning cair ala2 peach melangkah ke AIKOL untuk sidang pertama pusingan kalah mati ini.Undian usul dilakukan dan tentuan kerajaan pembangkang dilakukan oleh lambungan syiling,kami pembangkang dan usul yg dibahaskan ialah Sidang Damai Annapolis Adalah Penamatnya..aku pernah menolong team fara dalam membawa usul ini,tika itu mereka menggalas tanggungjawab selaku kerajaan.Usul ini ada nilai sentimen,tapi itu tidak boleh menjadi asas kerana ia pasti menjelikan pendengar..30 minit prep tamat,kami mula beradu hujah..kes yg dibawakan oleh UiTM sama seperti bawaan team fara,cuma lebih kemas lagi..Kami cuba tarik perdebatan ke arah suasana sentimen ciptaan kami namun cara mont mengaburi sentimen kami dengan bawaan sentimen mereka sangat aku kagumi..Aku sendiri??biar banyak tuan yg dipertua aku sebut,aku rasa pathos aku kali ni lebih baik berbanding pusingan awal.Akhirnya kami menang,3-2..sangat sengit..tersangat..
Perlawanan Separuh Akhir,mempertemukan kami dengan UPSI sekali lagi(mengulangi Semi FOMCA,tapi kali ni mereka semua adalah mawar).Dengan Usul AUKU : Menyebab Mahasiswa Lesu..kami sekali lagi menggalas tugas selaku pembangkang,seriously,perdebatan kali ini kami sangat enjoy sepanjang kejohanan debat diraja ini..bangun sahaja syamsul,aku dah mula tersenyum..akhirnya buat pertama kali,kami merasa juri 5-0,sebulat suara membenarkan kami untuk berada di pentas perdana buat kali kedua berturut-turut..
Buat pasukan junior,aku sangat kagumi keupayaan mereka (walaupun aku sudah membayangkan mereka di perlawanan akhir,aku sangat yakin dengan laluan junior aku),separuh akhir,melawan UPNM.usul perlambangan,Semut Sudah Setanding Gajah,dan mereka merupakan PEMBANGKANG.dengan kertas kosong.mereka menyahut cabaran UPNM dan membalasnya dengan juri 5-0..memastikan kedua2 pasukan muda dan utama UPM melangkah bergaya ke pentas akhir.lebih manis Norlida,kaunselor peribadi aku..hehe.mendapat pembahas terbaik,bukan waktu semi ni je,tapi suku pun dia dapat jugak.lantas budak-budak ni menggelarnya,comeback norlida..Terus terang,aku terharu melihat nama UPM di kedua2 kategori dipaparkan di hadapan..huhu..touching2.
Esoknya final junior,aku kesian tengok budak2 ni,kena datang awal,x cukup tidur.penat meroyan dalam library UIA,hehe.perlawanan akhir,budak2 ni sekali lagi menjadi pembangkang dengan usul Pemanasan Global Tanggungjawab Negara Dunia Ketiga..Satu sahaja word aku untuk mereka.. KESIAN!!!..banyak interpretasi kesian yg boleh dilakukan.Kesian terpaksa melawan konsep sebegitu rupa(kejam tul..geram aku),kesian kerana takut,kesian 1st time di pentas akhir,lebih kesian.mereka ketika itu bukanlah mereka yg aku kenal,cukup berbeza..kualiti mereka sebenarnya jauh lebih baik daripada pasukan lawan.tapi x mengapa..
Perlawanan Akhir kami pula..ala entri baru la..penat ok menaip..hehe
Komentar