Archive for Oktober 2008

Musim Tukar Henset..

Sebenarnya x ramai pun orang tukar henset.Tapi barui sebentar tadi Amer cal aku dengan henset barunya.Berseri Aku tengok mukanya.Bagusla.Sejak awal 2007 sampai sekarang,Amer x tukar2 lagi henset cabuknya lamanya itu.Dulu dia pakai motorola V3 tapi ilang,KESIAN..ganti la ngan henset cabuknya lamanya itu.Hehe.Syukur akhirnya lepas dapat rezeki sikit daripada debat pengguna hari tu,dia tukarla henset..

Aku tumpang gembira di atas kegembiraan rumate aku sendiri..Aku??x berniat nak tukar henset sebenarnya.Ditambah lagi dengan rumate aku sendiri betting ngan org len yg aku bakal tukar henset kalo dapat jpa nanti..Lagila aku xkan tukar..Tapi henset yg menjadi idaman hati aku sekarang ialah n82..Jadi sape2 yg berniat nk tambah pahala bolehlah sedekahkan aku 1 set,yg original je..AP,Underwater, SORRY la..Aku memang camtu..certain2 benda,aku x boleh terima yg tiruan..

Bercakap mengenai tukar henset ni,aku tau gak ada pasangan yg memakai henset yg sama.WAH ROMANTIKNYA..huhu..tapi kalo aku..aku nak n82,MATILAAA nak beli untuk pasangan n82 gak..Mau makan RM 4000++…X mampu aku..keh2.Tapi aku respek la pasangan tu..hehe.Sehati Sejiwa,Seiya Sekata,Sehidup Semati..CEWAH!!..ngah mabuk bercinta,memangla..

p:s Aku ada 5 paper lg.Ada orang tu dah habis paper hari ni..huhu.kawan2 akupun cam2..huhu.Ada yg dah balik plak sok..dengkinye..

Advertisement

Penat!!

Penat…

Penat…

Penat lagi..

Diri Ini Sebenarnya X Ketahuan…

Diri Ini Sebenarnya X Keruan…

Penatkah Aku??

Atau

Aku yang Penat..

Asik Mencuba, Tapi Masih X Dapat..

Aduh..Aduh..

Bilalah Diri Ini Akan Diberi Peluang..

Masih X Cukup Usaha yg Dilakukan..

Atau…

Memang Selamamya X Berpeluang..

Siapalah yg Sudi Mendengar Permintaan Hati Ini..

Yg Sering Teraniaya Dan Sunyi..

Aduh…Aduh..

Bilalah Aku Berpeluang??

X Mengapa..

Tuhan Itu Bakal Menentukan..

Biarlah Bukan Sekarang…

Biarlah Bukan Nanti..

Tapi Ia Pasti Akan Muncul Di Hati..

OH Permata Jiwaku INI…

……BEST SPEAKAR OVERAL…KEH2……

p:s Sila baca dengan menganggap ini adalah Sajak Satira (Walaupun ia x pernah wujud.hehe)

Aku Yang Simple!!

Aku bukanlah sekompleks seperti mana sesetengah teman-teman aku yg lain.Kadang-kadang aku naik hairan gak dengan perangai dan gaya hidup diorang yg seolah2 begitu complicated.Bukan niat di hati nak mengeji mereka,tapi biasalah fitrah manusia sentiasa tertarik dengan apa yg berlawanan dgn diri(sbb itu jugala lelaki SEJATI tertarik dgn wanita bukan dgn kaum sejenis.keh2).Maka aku pun tertarikla ngan org2 yg kompleks ni..keh2..dapat bini yg complicated pun payah gak.Banyak songeh..haha

Aku sendiri adalah orang yg simple.X memilih kedai makan,Hampir banyak aspek aku flexibel dan boleh bertoleransi,kecuali dalam aspek2 tertentu seperti tandas terutama.mmg aku agak cerewet..haha.

Tapi menjadi simplistik ni x semestinya kita x boleh mencari kepuasan diri.Banyak je benda yg menyebabkan aku puas.Tapi terpulangla  pada individu untuk mencari kepuasan diri.Bagi aku.akui puas bila sesuatu yg aku idamkan,dapat aku miliki..tapi aku bersifat realistik.Sasaran untuk kepuasan aku,semuanya mampu dicapai walaupun memakan sedikit masa..Malas aku nak cerita apa sasaran aku..Biarlah jadi rahsia aku sendiri.Kalau korang dah nampak sesuatu yg lain pada dr aku.Maknanya aku telah berjaya memenuhi satu daripada sasaran kepuasan hidup aku…

p:s Kajian pernah mngatakan,rakyat Malaysia terlampau mementingkan kepuasan.lantas menjadi penyumbang kepada kenaikan inflasi.(dapat waktui wat kajian untuk debat pengguna)

Aku dah boleh bawak kete Manual!!!

Hehehe.mesti ramai antara korang yang gelakbile baca title pos aku ni..tapi ini bukan lawak apetah lagi gurauan untuk aku mainkan..ini betul-betul.Sebenarnya lepas je aku mendapatkan lesen memandu aku(cukup-cukup makan jorr..JPJ kedekut markah).Terus aku tinggalkan pemanduan berkonsepkan manual ini.Di rumah,kereta-kereta(ada 2 je..bunyi je cam banyak) aku x dilengkapi dengan pedal clutch dan ‘gear stick’berangka 1-5,yg ada hanyalah batang gear yg memaparkan huruf P,R dan D.Maka dari situlah aku telah melupakan pemanduan berkonsepkan manual ni.

Banyak kali dah aku kena sound ngan member2 rapat aku,atas alasan bwak kereta auto ni cam PONDAN.Peduli ape aku ngan kata2 diorang.Bile kat trafik light aku gak yg selalu kat dpan.Jimat tenaga.Hanya 1 sahaja kaki yg bertugas.Kaki kiri boleh dok lepak jek..keh2.

Walaupun aku jenis x makan saman dgn kata-kata teman2 rapat aku.Tapi aku tetapkan dalam diri aku,1 hari aku perlu untuk kembali semula pada pemanduan berkonsepkan manual ni..Ceritanya bermula apabila aku mencuba-cuba untuk membawa kereta yg disewa shebby semasa dekat Lubuk Timah.Seperti biasa AKU BERJAYA.Semalam,sekali lagi aku mencuba..dengan membawa kereta kancil biru milik kwan aku dari bangi sampai ke studio kwan aku lagi sorg yg terletak di Kwsn Komuter Serdang.Suasana malam yg sunyi dan jalan yg lengang memudahkan perjalanan aku.Apa yg pasti..AKU DAH MAMPU BAWAK KETE MANUAL..hehe.Bagi aku itu satu benchmark untuk diri aku sendiri.Jadi sekarang aku dah mampu bawak kete manual or auto,moto yg pakai clutch tangan pun aku dah boleh.Puas rase hati ni.

p:s Lagi puas pas tengok game arsenal vs spurs smalam..dramatik..memg rugi kalo x tengok..redknapp wat lipat bak kata farouq membe abg rased..tp memg btul.redknapp memg buat magic kat team spurs..power2

Muka confidence!!

Arini aq baru je tamat 1 paper sedangkan orang lain ada yg dah nak balik dah.Tamat je paper nutrisi,aku dan rakan2 menuju ke Maulana Food Court untuk menikmati hidangan nasi lemak dengan sambal paru(pergh..sambal paru die,aku berani jamin korang kalo boleh pasti nak tambah lagi).Bersembang mengenai pembentangan subjek Keusahwanan Pertanian yg telah kami lakukan 2 minggu lalu.Perkataan yg keluar daripada mulut teman aku yg membuatkan aku cukup tertarik ialah Muka Confidence.

Bercakap mengenai muka confidence itu sebenarnya dikaitkan dengan kumpulan kami yg telah membentangkan mengenai projek kami dengan cukup yakin ,WALAUPUN SEBENARNYA PROJEK TERSEBUT HANYA DI ATAS KERTAS.hehe…Betapa yakinnya kami sehinggakan kami mendapat pujian daripada pensyarah disebabkan ketilitian kami melaksanakan dan membentangkan projek yg telah dirancang.Seperti biasa,aku yg difokuskan dalam situasi ini.hehe..

Mungkin apa yg mereka kurang sedari sebenarnya untuk membuat Muka Confidence sewaktu pembentangan ataupun berucap tidaklah sesukar mana.Aku yakin kalian pasti pernah buat Muka Confidence ni waktu bersembang dengan kawan2..Jadi,ape yg susah?Hanya perlu tambahkan penggunaan ayat formal maka jadilah Muka confidence tersebut..

Cuma untuk merealisasikannya,bagi aku yg lemah dalam aspek pengucapan awam ni.Kita perlulah mempunyai latihan yg berterusan.Aku sendiri pernah merasai pengalaman apabila latihan tidak setimpal ataupun pabila dah lama x berlatih..pastinya keputusannya tidak memberangsangkan.Pengalaman banyak mengajar aku yang masih setahun jagung ni.

Jadi kesimpulannya..”JOM TURUN TRAINING ROYAL”hehe

p:s Aku baru je abes 1 paper.Ada  5 PAPER lg menanti..hehe

Sin@Dosa

Tatkala aku semakin bosan membaca nota-nota subjek nutrisi yg bakal aq duduki peperiksaan akhirnya esok hari(malas nak mengingat,subjeknya besh!!),aku tertarik untuk menulis pos ni.

Kita memang sering berdosa.Ada saja kesalahan kita lakukan baik pada orang lain,tuhan bahkan kita juga tanpa kita sedari melakukan kesalahan ke atas diri kita sendiri.Seringkali kita menganggap kita ini sudah sempurna dan diri kita ini lebih baik berbanding orang lain.Memang kita tidak perasan mengenai perkara ini kerana kita terlalu EGO.Kita tidak mahu menerima nasihat orang lain namun kita sendiri sering mengata orang lain.Mengapa kita sendiri cakap x serupa bikin. Kelingkah kita???Aku x berniat nak mengata orang perseorangan namun kadang akui naik JELIK tengok perlakuan di depan mataku sendiri.Pernah kita terfikir tindak tanduk,perilaku dan perkataan kita itu tidak menyakitkan hati orang lain.Aku rasa x ramai menyedari perkara tersebut.Mungkin kita TAHU tapi kita tidak SEDAR. Ya aku akui kadangkala kita terlepas kata tapi selaku manusia bahkan ada diantaranya bergelar MAHASISWA, tak bolehkah kita fikir dahulu sebelum kita berkata atau bertindak.Ini tidak lain yg dikata lain yg jadinya.X ke keling namanye 2.Kita ada otak la wei.Xkan otak letak kat kepala lutut kot.

Aku akui benda ini sering berlaku bahkan mungkin juga pernah berlaku pada aku,dan JANGAN ingat benda ni hanya berlaku pada LELAKI sahaja PEREMPUAN PUN SAMA.EGO tinggi,mengalahkan LAKI.Kemudian laki jugak yg disalahkan.X pandai memujuklah,lidah ular lah,x gentleman lah..HEY!!laki jugak manusia BUKAN robot.Kami pun ada perasaan..Memang perlulah sifat lembut,perlu dipujuk itu ada pada permpuan NAMUN,laki pun kadang-kadang ada yg belebihan.Nak sering dipujuk,dimanja,dibelai.hati lebih rapuh daripada kaca kononnya. HEY!! awak tu JANTAN!.Tunjukla kelakian skit janganla mengada-ngada sangat..

Semua benda ni walaupun kita tidak perasan,tapi sebenarnya sering kita lakukan.aku akui kadangkala aq pun sedemikian rupa.Jadi xke kalo kita menyusahkan orang lain,MEMAINKAN PERASAAN orang lain..x berdosa.x sakit hati ke hati org tu.HELLO!! kita ni pun orang, kalo nak harapkan layanan yg baik drpd org lain,kita dulu yg perlu melayan mereka dgn sebaik mungkin..

…..Sambung baca Nutrisi..Banyak sangat mencarut mengarut.

p:s Absolution & forgiveness..

Exam!!

Ramai kenalan aku di UPM ni yang memulakan peperiksaan akhir mereka seminggu lalu cuma aku sahaja yang belum lagi.Seminggu aku bercuti,kini tiba pulak giliran aku untuk berasa cuak dan gementar.Esok aku akan mulakan peperiksaan akhir dan subjek terakhir aku dijangka tamat pada 7hb November..Waa hari2 terakhir lak tu.Semua orang dah balik lak tu..huhu.Apekan daya..

p:s Ini jadual exam aku

29/10-Makanan Haiwan Asas@Nutrisi

1/11- Pengenalan Asas Tanaman@PRT 3005 dan Pengenalan kepada ICT@SAK 3002

4/11-Biostatistik@Subjek Killer 1

6/11-Anatomy 2 @Subjek Killer 2

7/11-Keusahawanan Pertanian@PPT@subjek paling x menarik..

Pengangkutan Awam

Aku mulakan pos kali ini dengan memberitahu situasi diri ini..Aku sebenarnye sedang mengalami sakit perut.Sejak kelmarin aku menanggung sakit ini.Namun disebabkan aku perlu menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke UPM hari ini, aku terpaksa menelan 2 biji actal bagi memastikan rectum,jejunum dan colon aku berada dalam keadaan stabil.

Aku bertolak daripada Ipoh pada pukul 1.30 p.m menaiki bas plusliner.perjalanan membosankan melalui PLUS highway.Cuma hp N73 dan beberapa teman yang menemani aku sepanjang 2 jam setengah perjalanan tersebut.Selebihnya aku lebih gemar melayan lagu-lagu ala2 jiwang yang terdapat dalam hp aku ni..

Sampainya di stesen KTM Kuala Lumpur,aku menangguhkan hajat hati nak ke tandas kerna ingin cepat tiba di UPM.Aku menaiki Komuter ke Seremban.Keadaan dalam Komuter tidaklah sesesak mana dan tidaklah pula selengang mana.Normal perkataan yg sesuai untuk aku gambarkan keadaan dalam komuter tersebut.Tren berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan.

Namun,tren tetiba sahaja berhenti berhampiran dengan stesen Salak Selatan,tapi x mengpalah kerna tika tren sedang berhenti,gerabak yg aku naiki tersebut dihiburkan dengan telatah 2 org anak kecil dan bapanya yg x letih melayan kerenah putera dan puterinya itu.Aku kagum dengan kesabaran yg dimiliki oleh Si Ayah.Membuktikan lelaki juga bisa melayan kerenah anak2 tanpa bantuan wanita.

Berbalik pada cerita aku mengenai Komuter ini.Kami tiba di stesen Salak Selatan selepas berhenti selama hampir 20 minit.Setibanya di sana pula Ratusan penumpang menanti kami,patutla ada tren yang tersangkut di stesen tersebut.Keadaan dalam tren mulai sesak dan perjalanan kami bermula semula 15 minit kemudian.Itupun selepas tren tersebut undur kebelakang dan masuik ke laluan bertentangan.Aku tiba di stesen Serdang 10 minit kemudian.Aku bertemui dengan Che yang sememangnya dah berjanji nak mengambil aku di sana.

Bagi aku yang belum berkenderaan lagi (Bagi aq ada kereta saja aq anggap berkenderaan kerana parents aku x kasi naik motosikal untuk perjalanan jauh) Pengangkutan Awam merupakan medium terbaik untuk aku bergerak ke mana2 dan di Malaysia, bagiku pengangkutan awam perlu ditingkatkan lagi,lebih2 lagi bagi menghubungkan antara bandar dan pinggir bandar.

p:s Aku pernah berdebat dengan usul Hentikan Subsidi Minyak,Tingaktkan Pengangkutan Awam:Satu Penyelesaian.Kami jadi kerajaan,lawan UniMAP.Menang besar,margin 8.5 dengan best speakarnye..AKU..hehe

Mengapa wordpress

Hari ini merupakan tarikh agak bersejarah bagi aku..aku akan meneruskan perjuangan ‘blogging’ aku.namun kali ini arenanya berbeza.Jika sebelum ini aku menggunakan blogspot sebagai laman blog aku namun kali ini aku ingin mencuba wordpress pula.Mungkin ramai mengatakan menggunakan laman blogspot lebih baik kerana aplikasinya banyak dan penggunaanya lebih sostifikated ataupun kompleks dalam bahasa lebih mudah.namun bagiku biarla hidupku ini lebih mudah tetapi bermakna. Semoga kalian terus memberikan respon ke atas artikel-artikel hasil garapan aku.Terima kasih.

Untuk pautan ke laman blog terdahulu,boleh klik di sini