Archive for Jun 2009

Minyak dan makanan

Manusia adalah makhluk tuhan yg diciptakan sejak sekian lama untuk menghuni muka bumi ciptaannya.Tujuaannya adalah untuk mentadbir dan mencorakkan bumi yg sangat indah.Hidup manusia adalah untuk beribadat kepada-Nya dan mengabdikan diri kepada-Nya juga.Bagi melangsungkan kehidupan manusia perlu untuk mengambil makanan sebagai tenaga.Sejak  awal kejadian manusia lagi manusia sudah pandai mengaplikasikan alam sekeliling mereka untuk dijadikan makanan.Baik tumbuhan ataupun haiwan.kesemuanya adalah penyumbang utama kepada kehidupan manusia.

Manusia merupakan ciptaan yg pintar.Mereka bijak menggunakan alam sekeliling untuk kemudahan kehidupan mereka, kerana itulah masyarakat china sudah menjumpai minyak sejak 347 CE.Sejak itulah minyak ataupun petroleum berada bersama manusia.Membantu manusia mengekstrak garam seperti di China.Evolusi terus berlaku sehinggalah 1846 apabila Abraham Pineo Gesner menjumpai cara menghasilkan minyak tanah ataupun kerosin daripada minyak mentah.Bermula daripada situ,petroleum digali secara besar-besaran untuk menghasilkan Petrol,Diesel,Kerosin yg mana semua adalah bahan api untuk membantu manusia bergerak

Namun,sumber petroleum ini adalah terhad,ia bahan fossil yg berasal daripada pereputan, berjuta-juta tahun yg lampau.Ia akan habis.Masalahnya permintaan untuk penggunaannya adalah tinggi dan ia semakin habis.Maka masalah ini menuntut manusia berfikir untuk mengatasinya.Disebabkan kepintaran dan kebijaksanaan manusia,tampillah satu idea untuk mencampurkan diesel(minyak) dengan bahan daripada makanan.Lahirlah Bio-diesel ataupun bio-fuel.Promosi giat dilakukan,bahan api baru ini dikatakan mesra alam,kurang pencemaran.Ini satu solution di mana sebelum ini petrol dikaitkan dengan pemanasan global dan segala macam pencemaran udara,dengan adanya bio-diesel ini masalah ini dapat dikurangkan.

Pengenalan bio diesel ini mewujudkan konflik antara minyak dan makanan.Konflik ini adalah pertembungan terbesar antara sumber kehidupan manusia.Manusia sentiasa memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup,manusia juga memerlukan minyak untuk bergerak.Ini menimbulkan konflik dalam kehidupan manusia.Manusia memerlukan keputusan dalam perkara ini..Aku akan bawakan sedikit kajian daripada pembacaan aku untuk penilaian bersama.

Seperti mana yg kita ketahui, penghasilan bahan api bio ini memerlukan ekstrak pada tumbuhan tertentu seperti jagung,kelapa sawit,bunga matahari sebagai ethanol yg dicampurkan dengan petrol.Permasalahanya keperluan untuk menghasilkan bio-fuel ini memerlukan pengorbanan.Penghasilan tumbuhan bio ini memerlukan kawasan yg luas sepertimana tanaman komoditi yg lain.Misalnya,keperluan minyak untuk sebuah kereta bagi perjalanan tipikal warga UK(pergi,balik kerja.ambik anak,pergi pasaraya) untuk setahun memerlukan penghasilan ethanol daripada 16 ekar tanaman bio-fuel.Itu baru satu kereta.Jika satu juta kereta= 16 juta ekar tanah ladang.Keluasan ini bersamaan dengan 3 kali ganda luas negeri perak.Jadi anda boleh bayangkan betapa luasnya tanah yg diperlukan untuk tanaman bio-fuel ini, dan berapa banyak penempatan untuk rakyat yg terpaksa di korbankan semata-mata untuk minyak.

Itu kaitan dengan penempatan.Isunya sekarang tanaman bio-fuel ini menganggu penanaman tanaman makanan ataupun food crops,dan sebagaimana kita ketahui tanaman makanan ini sangat penting untuk membekalkan makanan kepada manusia terutama mereka yg berada di Afrika yg mengalami krisis kebuluran yg dasyat.Kita sedar bahawa pembekalan makanan dunia kebanyakannya berasal daripada Amerika Utara,Amerika Selatan,Eropah.Eksport Jagung Amerika Syarikat sendiri mampu membekalkan hampir dua pertiga keperluan jagung dunia.Masalahnya sekarang,disebabkan harga bio-fuel lebih menguntungkan daripada makanan,peladang-peladang mula menjualkan tanaman mereka kepada syarikat-syarikat gergasi yg menghasilkan bio-fuel ini.Laporan daripada Bahagian Pertanian di AS pada pertengahan 2008 menunjukkan hampir separuh kegunaan jagung di AS sekarang adalah untuk bio-fuel.Keadaan ini telah merubah pasaran jagung apabila stok jagung untuk makanan berkurang sebanyak separuh.Permintaan yg tinggi dan pengeluaran yg kurang menyebabkan harga jagung melambung naik.Apabila hrga tinggi,hanya pengguna yg mampu boleh mendapatkan bekalan dan mereka yg berada dalam kelompok miskin,hanya mampu memerhatikan.Kasihan yg miskin akan terus kebuluran yg kaya akan terus kekenyagan.Inilah penangan bio-fuel.Bukan jagung sahaja.Hampir semua pengusaha tanaman makanan seperti gandum dan barli beralih kepada tanaman bio-fuel seperti tebu,bunga matahari dan jagung.Menurut laporan sulit oleh bank dunia isu bio-fuel menyumbang 75% daripada kiris makanan dunia.

Bukan makanan berasas tanaman sahaja yg terkesan dek penangan bio-fuel,tenakan juga trut terkena tempiasnya.Oleh kerana makanan untuk ternakan berasal daripada tumbuhan seperti jagung.Kenaikan harga makanan mengakibatkan kos operasi meningkat,maknanya penternak terpaksa menaikkan harga ternakan di sebabkan masalah ini.Lebih malang,FAO melaporkan sumber protein termurah iaitu telur turut naik 50% diakibatkan perkara ini.Tanaman bio-fuel ini menyumbang kepada masalah ketidak cukupan protein di Afrika terutamanya.

Dilema yg di hadapi manusia sekarang ini adalah untuk membuat 2 pilihan.Samada terus ke arah kelestarian bahan api atau kelestarian manusia.Golongan-golongan yg kaya seperti Shell,Exxon Mobil perlu merangka satu resolusi baru untuk menangani masalah ini.Shell terutamanya adalah syarikat minyak yg lantang bersuara tentang kepentingan alam.Adakah suara Shell ini tidak mahu memelihara kepentingan makhluk bernama manusia.Apakah kepentingan bumi ini andai kata ia tidak di huni manusia..Ini antara persoalan-persoalan yg perlu di jawab oleh mereka.

Bagi kita pula,minyak atau makanan??adakah manusia boleh menelan minyak untuk bergerak,adakah kelangsungan hidup kita disebabkan oleh minyak,Nenek moyang kita yg hidup dengan kayu api sahaja boleh kekal hidup dan beranak cucu.Tanpa minyak!!!.Makanan pula…fakta sains yg terdapat dalam buku teks sains darjah enam.Manusia hanya mampu hidup beberapa minggu tanpa makanan..Jadi anda fikirkan.Anda mahu anak cucu seperti moyang kita ataupun anda memilih jalan untuk hidup beberapa minggu sahaja.Minyak atau makanan..Keputusan di tangan anda!!

Advertisement

Wow…

Tulisan pos ini adalah langsung daripada Sarawak, di mana aku kini berada di UNIMAS yg terletak di Kota Samarahan bersebelahan dengan ibu negeri bumi kenyalang ini.Kami selamat tiba pada jam 6.30 ptg tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.Penat bercampur dengan Semangat pabila pasukan UPM tiba di sini.Seperti biasa Fara akan selalu menjadi mangsa laharan aku disebabkan perangai keanak-anakan yg dimilikinya..

Baiklah,berbalik kepada tujuan aku menulis pos ini adalah untuk membawa minda para pembaca beralih sebentar ke bidang sukan dan lebih khusus adalah bola sepak.Aku tidak mahu berbicara mengenai sukan bola sepak tempatan tapi aku suka untuk menyentuh sukan bola sepak luar negara.Makluman pada pembaca,sekarang ini adalah waktu berehat bagi kelab-kelab bola sepak eropah kerana sekarang ini mereka sedang menikmati musim panas.Mungkin disebabkan faktor cuaca yg kurang mengizinkan untuk bersukan maka pada summer ini mereka lebih senang bercuti.Bagi bahagian pengurusan dan pentadbiran kelab,waktu inilah yg paling sibuk di mana urusan jual beli pemain dilakukan.

Lebih menarik perhatian,urusan jual beli ini melibatkan jumlah harga yg besar dan kadangkala tidak boleh diterima akal.Ia melibatkan angka berjuta-juta pound dan bagi mereka angka 20 juta pound itu ibarat Rm200k kerana mudah2 saja dibelanjakan.Lebih mengejutkan Real Madrid untuk musim ini sahaja mempunyai wang sebanyak 300 juta euro untuk dibelanjakan.Angka 300 juta ini memang nampak kurang bermakan.Namun andai kata kita lakukan sedikit perbandingan,kita akan tau ia jumlah yg mengejutkan.Baiklah pertama perbandingan mudah,pendapatan perkapita rakyat malaysia adalah dalam lingkukan RM27000 sebulan.Dan kalau kita darabkan angka 27k ini dengan jumalh penduduk kita,sebanayak 27 juta.Ia akan mencapai angka RM 724 juta.Ini baru separuh daripada 300 juta euro( RM 1500 juta).Maknanya perbelanjaan 2 bulan 27 juta masyarakat Malaysia berdasarkan PKP sekadar menyamai perbelanjaan musim panas 1 kelab bola sepak untuk membeli beberapa pemain sahaja.Lebih menarik kos pembinaan menara berkembar Petronas adalah RM 270 juta.Menara ini  menjadi mercu kemakmura ekonomi negara dan kebanggaan 27 juta masy Malaysia.Namun harganya  lebih murah daripada seorang pemain bola sepak Portugis yg bernama Cristiano Ronaldo ( Bidaan Real Madrid untuknya berjumlah RM 394.58 juta).Ini seolah membayangkan pada kita bila-bila masa sahaja Mercu kebanggaan negara boleh di bina mereka tanpa ragu-ragu.WOW!!kagum bukan..

Seronok kan bermain dengan angka..hehe

Dilindungi: Keselamatan Makanan

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Lama vs Baru

Dunia sentiasa berubah.Diwujudkan berpasangan dengan masa,perubahan itu sesuatu yg pasti.Baik dari siang ke malam,Dari cerah ke mendung..Semuanya berlaku disebabkan faktor masa..Pabila kita bercerita tentang dunia,kita juga tidak terlepas daripada kehidupan di dalamnya,daripada sekecil-kecil sel sehinggalah sebesar-besar gajah,semuanya adalah kehidupan,dan mereka juga berubah..

Perubahan yang lazim dan mudah untuk kita ketahui adalah perubahan umur, Dari Muda bawak ke Tua,Dari Lama bawak ke baru,kita mudah untuk membezakan kedua-dua entiti ini. Manusia juga tidak terlepas daripada hukum alam yg cukup unik yg membolehkan perubahan terus berlaku di alam ini.Kitaran hidup menyaksikan putaran usia daripada bayi sehinggalah menjadi dewasa dan tua dan akan meninggalkan alam ini tetapi akan digantikan dengan generasi baru.

Perubahan daripada aspek lama menjadi aspek baru merupakan perubahan yg sering diiginkan.Kita ingin melihat Proton Saga Aeroback tahun 1990 kita digantikan dengan Proton Saga model terbaru.Kita juga mengidamkan,peti ais lama satu pintu berjenama Singer kita digantikan Peti Ais baru berjenama LG atau sebagainya..Tuntasnya,kita melihat benda baru itu adalah perkara yang baik dan sentiasa lebih memudahkan kita.

Baiklah, kita cuba nilai dalam perspektif yg berbeza,bagaimanakah boleh berlaku pertembungan antara yg lama dan yg baru?Adakah nilai yg dibawa oleh yg baru itu lebih baik daripada yg lama?Apakah jaminannya?Apakah landasan yang dipegang oleh mereka yg baru ini.?

Negara kita sendiri boleh menjadi contoh mudah untuk menilai perkara ini,Zaman pemerintahan British jelas melakarkan banyak peristiwa penting yang menjadi rujukan kita bersama.Terdapat 2 golongan utama yg mendominasi pemikiran masyarakat Melayu ketika itu,kalau yang lamanya tentulah golongan tua dan kalau yg barunya adalah golongan muda.Beza antara 2 golongan ini adalah daripada aspek pegangan mereka.Golongan Tua adalah mereka yg mendapat gelaran Kaum Tua, dan mereka ini adalah golongan yg taat setia kepada cara lama atau cara tradisional,mereka menyeru masyarakat beribadat,mengamalkan hukum hakam.Di samping itu mereka menghalalkan budaya kuno masyarakat yg kebanyakannya di bawah pengaruh Hindu,mereka juga tidak ambil kesah mengenai pentadbiran sultan dan raja2 yg tidak berasaskan hukum syarak.Gelaran separa sekular bolehlah diberikan kepada mereka.

Lawannya, adalah golongan Muda yg digelar Kaum Muda,mereka ini kebanyakannya adalah lepasan-lepasan Timur Tengah dimana iman adalah asas perjalanan hidup mereka dan Islam adalah landasan mereka untuk apa jua aspek.Nama-nama seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir,Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan dan Ustaz Baharuddin Latif adalah antara mereka yg lantang menentang kaum tua,kesannya gelombang pertembungan itu disulami juga dengan tohmahan dan fitnah terutama daripada golongan tua yg kurang gemar keilmuan mereka dipersoalkan..

Kita tidak akan menilai kesan walaupun disinilah bermula titik perjuangan untuk Parti PAS yakni selepas Hizbul Muslimin diharamkan dan Tuan Haji Fuad yang dahulunya Ketua Biro Agama UMNO menubuhkan Persatuan Ulama SeMalaya yg akhirnya menjadi PAS.Kita cuma ingin melihat,pegangan golongan muda dahulu adalah agama,mereka memperjuangkan agama Islam yang dijunjung tinggi,mereka tidak gentar walaupun lawan mereka adalah orang yg berpengaruh dan juga penjajah British sendiri.Asas perjuangan mereka begitu mulia dan tidak boleh disangkal.

Kejadian yang berlaku separuh abad lalu berulang lagi zaman ini,Cuma kali ini kita melihat asas dan landasan itu sedikit berubah.Benar keadaan politik kita pada masa ini menyaksikan golongan muda kembali bangkit.Namun asas perjuangan mereka hanyalah….mengangkat seorang individu untuk menjadi ketua negara….Mereka berkobar-kobar di jalanan melaungkan nama pemimpin mereka.Mereka bersungguh-sungguh di mana sahaja untuk menyampaikan dakyah politik pemimpin mereka.Tidak dinafikan ia adalah perjuangan,tapi apakah asasnya?apakah matlamatnya?Adakah mereka akan berhenti berjuang selepas samada pemimpin mereka menjadi ketua negara atau menyahut seruan ilahi?Semua ini adalah persoalan-persoalan yg membelengu perjuangan mereka dan perlu untuk dijawab.

Andai kata, mereka membandingkan bagaimana masyarakat di bumi Hijjaz dahulu berjuang untuk mengangkat Muhammad, bagaimana warga Iran bermandi darah untuk mengangkat Khomeini, dan rakyat-rakyat Perancis berperang untuk mengangkat Napoleon Bonaparte dengan perjuangan mereka..Ini adalah perbandingan DANGKAL!!!Muhammad mengangkat Islam di bumi Hijjaz,Khomeini juga mengembalikan agama dalam politik Iran,dan Napoleon mengenepikan pemerintahan raja yg zalim pada rakyat…Adakah ini sama dengan perjuangan mereka?…..Islam? tidak nampak gayapun, cukuplah dengan melihat kawan rapat pemimpinnya,banyak je bukan Islam,siap ada rakan berbangsa Yahudi Amerika..Kalaulah demokrasi yg dijulang oleh mereka,adakah demokrasi ditidakkan di Malaysia?Apakah jaminan Akta Darurat,Akta Hasutan,Akta Media Cetak akan di hapuskan(kalaupun ISA dihapuskan)?Adakah pemimpin mereka tidak akan melakukan perkara yg sama seperti dialaminya sekarang kepda musuh2nya,andai dia pula mengepalai negara?Dia juga manusia bukan…

Jadi persoalan-persoalan ini perlu dijawab oleh mereka yg memperjuangkan pemimpin mereka,Kalaulah tidak ada perubahan selain untuk kepuasan diri, maka ia tidaklah berbaloi..Lebih baik kita kemaskan apa yg sedia ada sekarang,buang lah kudis-kudis yg melekat,bersihkanlah luka2 yg telah lama melarat..Baiki lah dalaman kita..Insyallah kita boleh berubah…Wallahualam..


P:s AKU ADA SANDAL BARU.IDA YG REKEMEN..HEHEHE