Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Masa Depan

Saat di waktu malam selepas rintik-rintik hujan berlalu. Saat itulah hati aku terasa sangat rapuh. Andai disentuh bisa berkecai menjadi kepingan-kepingan jiwa yg sukar untuk disatukan semula. Ah. tapi itu bukan persoalannya..itu hanya diversion yg saja aku wujudkan di awal post ni…

Apa yang bermain di fikiran seorang pelajar universiti tahun akhir sudah tentulah masa hadapannya. Tidak lagi memikirkan masa senang lenang berbulan madu bersama dengan rakan-rakan lain 2-3 tahun lalu. Waktu itu telah berlalu, biarlah ia menjadi kenangan untuk dikenang di hari mendatang kelak. Owh, tidak mudah menjadi final year student. Perlu mula mencongak-congak dan mula merencana masa hadapan. Apatah lagi selepas meninggalkan bangku pembelajaran di menara gading ini. Itu belum ambil kira nak memikirkan tempat untuk LI semester hadapan. Semua itu membuat otak ini jadi buntu dan kadangkala jiwa ini jadi kacau. Di tambah lagi dengan rasa malas yg dibantu dengan subjek-subjek menyusahkan seperti kalkulus. Kesedaran itu ada, tapi ia perlu berlawan dengan rasa malas yang aku sendiri pun tidak tahu siapa pemenangnya. Ah, biarkan itu tugas akal dan jiwa, aku hanya menurut perintah mereka. Rasa tekanan memang seronok, ia lebih seronok daripada rasa aliran adrenalin yg acapali kita rasa bila ada dalam situasi getir, terutama bila hampir kemalangan, naik roller coaster, atau nak bergaduh. Tekanan ini juga boleh buat kita ketagih. Tak percaya, cubalah. Lebih afdal dimulakan dengan membuat kerja saat akhir. Owh rasanya..x terungkap dek kata.

Masa depan……Biarlah..banyak masa lagi, x perlu risau sekarang..sekarang baru aku rasa..entri ini tidak berhala tuju..ah ada saja..jadi kesimpulannya, mulakan kembali menulis, terutama bila dalam pengaruh tekanan..rasanya memang nikmat….

Advertisement

Debat dan Umpat

Keupayaan manusia untuk bertutur dalam berkomunikasi membezakan mereka dengan binatang. Bait- bait kata yg terucap di mulut segenap manusia di atas muka bumi ini membolehkan kita melaksanakan kerja2 sosial seperti mana fitrahnya seorang manusia. Namun, fitrah juga mengajar manusia erti hasad dan dengki di kalangan mereka. Adalah satu perkara normal untuk seorang yg bergelar manusia menyimpan sifat cemburu ke atas manusia lain. Daripada kelakuan inilah yang dikahwinkan dengan kemampuan manusia untuk bertutur maka isltilah perbalahan melalui kata2 ataupun debat lahir. Akan tetapi tidak semua mempunyai kejantanan untuk berdebat, hasilnya timbul pula satu istilah untuk manusia menzahirkan perasaan tidak puas hati ke atas manusia lain melalui cara bertentangan. Istilah itu dipanggil Umpat.

Dua motif yg sama namun dua modus yg berbeza. Bagaimana hendak kita bezakan antara 2 perkara ini. Mana satu yg lebih mulia yg patut dijunjung dan yg mana satu pula yg perlu disanggah. Secara lahiriahnya manusia tidak suka ditikam dari belakang. Debat mengajar manusia cara berhadapan sesama manusia yg berbeza pegangannya secara berhadapan. Namun debat tidak lah semudah mengolok-olokkan ataupun mempersendakan orang lain tanpa bukti yang kukuh. Penghujahan dalam perdebatan mestilah berasaskan 2 perkara.Pertama membuktikan pegangan kita benar, dan menyanggah pegangan pihak lawan. Ini barulah boleh dikatakan debat. Mengumpat pula lebih mudah caranya. Kita hanya perlu menyalahkan pihak lwan melalui bidasan tanpa perlu menegakkan kes kita sendiri.Lagi senang pabila hujah kita hanya sekadar kata2 tanpa disulam dengn bukti yg kukuh. Jadi tampak beza bukan antara debat dan umpat.

Baiklah dalam senario perdebatan masa kini, apa yg silapnya. Para pendebat lazim menjadikan bidasan sebagai rukun mereka. Oleh sebab itulah kita sering saja melihat pendebat yg bertindak zalim terhadap masa penghujahan mereka. Perkara ini sering terlepas pandang terutama sekali pada pendebat kedua. Kegirangan membidas menyebabkan mereka naik “syehnya” sampai terlupa penghujahan yg perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu jugalah,terdapat pasukan terutama pabila bergelar pembangkang terlupa hendak mendirikan asas bangkangan yakni kes mereka sendiri. Sedangkan, perbuatan membidas tanpa menegakkan kes mereka sendiri adalah sama dengan perbuatan mengumpat. Jadi perkara ini yg perlu kita bendung. Ini bukan lagi sekadar teori tapi memang menjadi realiti…

Saya faham memang seronok membidas orang . Apatah lagi irama bidasan disambut dengan tarian tepukan oleh penonton di sekeliling.Tapi kita harus faham perbuatan kita tersebut tidak melambangkan tahap keintelektualan kita. Kalangan pendebat mewakili institusi pengajian tinggi yg telah memperuntukkan masa sekurangnya 12 tahun mendamba ilmu. Akan tetapi perbuatan tersebut sama seperti makcik2 yg terdapat di kampung yg tahap pendidikannya kadangkala tidak pernah melepasi peringkat sekolah rendah. Janganla kita melakukan perbuatan yg tidak mencerminkan peringkat kita. Kita semua sudah dewasa, penuh dengan ilmu. Perkara asas ini sepatutnya sudah menjadi rukun yg wajib kita laksanakan. Usahlah bertindak mengikut perasaan.Kelak binasa diri ini….

Sekian….

Nur…..

X pernah terlintas di hati aku hendak menceburi minat yg baru.Tahu sajalah diri ini baru dapat moto-make-up moto..6 bulan jer thn minat ni..baru dapat pc-make up pc…x la lama sngat,aq hilang sikit la mint ngn pc(walaupun still update ngn benda2 baru).TAPI…x pernah terlintas niat aku hendak bermain-main dengan CAHAYA..

Benarlah kata orang,x kenal maka x cinta…kali pertama kalui membawa D40 miliknya ke latihan debat…Aku Blank!!! xtau apa bahasa yg dikatakan,istilah yg timbul daripada mulutnya.Apperture..??? apakah???…shutter speed??? apakah lagi???..kesimpulannya, ia tidak menarik perhatian aku.Malah situasi itu berterusan sehinggalah,aku x tau cmne aku mula menunjukkan minat ke atas benda ni.Sekali lagi,beliau lah tmpat rujukan aku..Kagumnya aku,begitu bersemangat kalui menerangkan aku tentang sikit sebanyak maklumat mengenai benda ni..Kali pertama aku call die,masa tu kat rumah,tengah bersembang dengan mak aku..dekat sejam dia cal aku..terangkan briefly tentang dslr…nama2 seperti Scott Kelby,Shasinki..aku tahu daripada dirinya…TAPI..aku macam endah x endah,line x berapa clear sangat..

Kesimpulannya.aku x tau macam mana aku boleh terjebak dalam permainan cahaya ni,minat??mungkin.pengaruh??mungkin juga,sampai ke akhirnya,sewaktu nak dapat ‘bini’ num 3 aku yang bernama D5000 tu pun aku masih sangsi..Tapi keputusan telah dibuat,ijab kabul telah dilakukan(walaupun yg jual tu bukan Islam).Di situ bukan titik perubahannya..Samada ketentuan tuhan ataupun nak dijadikan cerita,Slr aku rosak,kena anta repair(Kalui jugak plg semangat time ni..aku geram sangat,x sampai 24 jam kot aku bersama dengan D5000 tu.Maka Kalui pun bg la pinjam D40 dia dan sebuah buku photography,Inilah titik permulaanya..

Sedikit sebanyak tentang sejarah minat baru aku,menarik hobi ni.Kenapalah aku x didedahkan waktu kecil lagi,Kemuncaknya petang tadi,impian jadi kenyataan.Lensa 70-200mm f2.8(RM 7000++),yg selama ini aku bayangkan sahaja kehebatannya di Dtowntv,akhirnya dapat juga peluang aku untuk menggunakannya..Masyallah,terbaik!!! Keupayaan untuk ambil gambar potrait.Terbaik!! lagi..xda perkataan lain untuk aku gantikan..Terbaik!! dan ia menjadi 2x Terbaik!! apabila aku juga berpeluang untuk menggunakan lensa 17-55mm f2.8,lensa untuk wide-angel(sesuai untuk landscaping).Peluang menggunakan kedua2 lensa ‘high-end’ memang tidak pernah mendatangkan kepuasan.Sekejap je masa berlalu,tapi agak rugi kerana kami x ada tripod untuk ambil gambar dalam low-light.Kesimpulannya 2x Terbaik!!!..(Time kasih kalui ngan BPK)

Permainan dengan cahaya memang menarik maka x salah la jika masyarakat yunani memanggil perilaku ini dengan Photography(menulis dengan cahaya)….

P:s(gambar boleh cek di FB ea…)

Mikhail…

Aku baru usai menamatkan pembacaan novel Mikail(x sure correct spell) karya novelis kegemaran aku Ramli Awang Mursheed.Novel tersebut aku beli daripada gerai buku yg terletak di tingakt bawah The Mall semalam. Lama sebenarnya aku menanti novel itu.Perasaan tidak sabar itu mengundang keghairahanmenyebabkan aku mengabaikan tawaran ida untuk meminjamkan novel yg serupa dan memlih untuk mengorbankan RM19.90 milikku.

Novel ini memang menarik.Walaupun plot secara kasarnya nampak mudah.Secara asas menceritakan seorang lelaki,pembunuh upahan jatuh cinta dengan sasarannya,kemudian ingin membongkar kebenaran dan di akhiri dengan penamat yg menggembirakan.Tapi novelis berjaya untuk mengolah dengan baik,dengan memasukkan unsur konflik,suspen dan yg paling penting menjadikan jalan certia menarik memaksa aku menghabiskan membacanya dalam masa kurang 3 jam(masa keseluruhan pembacaan).Saudara Ramli juga berjaya menimbulkan elemen tandatanya yg jelas kelihatan lebih menarik berbanding novel2 sebelum ini (A.D.A.M or Mandatori).

Setiap watak dijelaskan dengan cukup baik sehinggakan semua watak yg bernama di dalam novel tersebut aku tahu latar belakangnnya secara terperinci.Santun bahasa yg digunakan oleh novelis juga menarik perhatian dan mampu menjana imaginasi pembaca.Secara jujur,gaya bahasa yg digunakan oleh Ramli dalam novel ini adalah antara terbaik berbanding novel2 yg dihasilkan sewaktu awal penulisannya (Ranggau,Semangat Hutan).Jelas kelihatan novelis sudah semakin matang dalam mengolah ayat dan memanipulasikan bahasa untuk membangkitkan suasana.

Ini berdasarkan tafsiran aku ea..xtau kalo orang lain macam mana..Ramli masih lagi gemar menggunakan elemen2 yg pernah digunakan sebelum ini( aku bandingkan dengan A.D.A.M dan Tombiro Terakhir,Satu Janji).Di mana dibayangkan negara Malaysia sangat terancam dan sering menjadi tumpuan pesalah2 luar,perbandingan dengan A.D.A.M jelas memaparkan secara kasar idea yg hampir sama.Nampaknya novelis memang gemar menggunakan suasana seperti ini.Kekejaman yg dilakukan juga hampir sama dengan novel Mandatori di mana watak utama dibayangkan sangat kejam dan tidak berbelas kasihan namun akhirnya dicairkan oleh seorang wanita.Mungkin Ramli cuba mengenengahkan ‘kuasa’ wanita yg mampu menukar dari sejahat2 makhluk kepada kebaikan(juga digambarkan oleh beliau dalam novel2 sebelum ini)

Pada pendapat aku juga novelis banyak bermain sinikal,apabila memggambarkan kelemahan institusi kepolisan negara.Polis2 berpangkat besar seperti ASP masih sanggup berpaling tadah,mengkhianati bangsa dan negara dek kerana sogokan wang.Di sini mungkin mesej yg cuba disampaikan beliau ialah masalah integriti yg makin serius di kalangan penguatkuasa undang2 memaksa rakyat lebih berhati-hati dengan mereka.Novelis juga memberi gambaran negatif apa yg akan terjadi seandainya manusia terlampau mengikut arah,mendengar kata tanpa usul periksa. Dalam novel ini jua,penulis mengangkat darjat wanita dalam kerjaya,apabila sifat murni yg dimiliki wanita seperti ketulusan,kejujuran akhirnya mampu menyelamatkan negara.Sifat penggananas antarabangsa seperti AS juga dikritik secara sinikal oleh penulis,lambang matawang negara tersebut dijadikan asas untuk mengaitkan negara itu dengan kes2 jenayah terancang.Perilaku watak utama yg mempunyai masalah identiti juga hampir sama dengan novel2 seperti Tombirou dan Ungu Karmila namun ia tidaklah menjadikan watak itu seolah2 dicedok daripada novel2 beliau sebellumnya,watak utama dihasilkan dengan cukup baik dan meletakkan dirinya berbeda berbanding watak2 utama sebelum ini.

Kesimpulannya,novel ini memang berbaloi untuk dibeli dan dibaca buat peminat2 novel dlm negara ini.Buat peminat novel2 jiwang2 tu apa salahnya beralih angin kepada novel2 berbentuk thriller seperti ini.Memang berbaloi,rugi x baca……….

Andainya…..

Kokokan Ayam jantan di belakang rumah Pak Mail menyedarkan Ahmad..Suasana pagi itu sungguh dingin..titisan-titisan embun dilihat membasahi muka bumi.masih ada wap air yg melekat pada cerek yg berada di atas unggun api..hembusan bayu pagi seolah-olah mengajak Ahmad beradu semula..melupakan sebentar apa yang sedang berlaku..sungguh seksa rasanya untuk bangkit seawal subuh..jarang kalo dahulu Ahmad tidurnya terhenti di hening pagi..memang akan berlanjutan sampai matahari mencecah kepala…

Ahmad melontarkan pandangannya ke kanan..mencari-cari kokokan yg mengejutkannya itu..Dia kenal benar dgn haiwan itu…ayam jantan milik arwah Pak Mail..Dia memang ‘bengkeng’ ngan ayam jantan tersebut..selalu saja bertenggek di motosikal Yamaha 135LC miliknya..Sudahlah bertenggek..ayam jantan itu sering juga memberikan ‘cenderahati’ di atas seat motosikalnya..Seolah2 menyedari dirinya diperhatikan dgn rasa amarah oleh manusia yg bergelar Ahmad itu..ayam jantan tersebut lari menyelusup ke belukar, tidak jauh daripada situ..Ahmad melarikkan pula pandangannya ke rumah milik arwah Pak Mail..Rumah jirannya itu memang cantik..rumah kampung lama..cuma dah di’renovate’ oleh arwah menjadi sedikit moden..tiang seri yg 4 itu masih kekal,anjung rumahnnya masih utuh dengan kemasan kayu jati yg telah berusia belasan tahun.cuma dapur rumah tersebut bersalin wajah..kemasan batu-bata menghiasi bahagian tersebut..ukiran2 di dinding rumah itu menambahkan lagi serinya..Jamban dan ruang mandi yang dahulunya di luar,diletakkan oleh arwah di dalam..Ahmad masih ingat ketika dirinya masih muda remaja..die sering menjeling anak dara Pak Mail yg keluar berkemban untuk mandi ataupun membuang air..terpamer senyuman nakal di wajahnya membayang keayuan anak dara arwah..

Namun rumah bewarna merah itu hanya kekal cantik di memori Ahmad, sekarang tidak ada lagi ukiran2 berkonsepkan timur tengah..anjung yg dahulunyya teguh kini hanya tinggal tiang..yang tinggal hanyalah serpiha-serpihan papan yang bertukar menjadi arang setelah rumah tersebut dijilat api minggu lalu..Ahmad tahu benar apa puncanya..Ahmad kenal sangat siapa dalangnya…Apa benar2 erti asbab rumah secantik istana itu musnah dimamah api..

………….

Pagi itu, Ahmad terjaga disebabkan riuh-rendah di luar rumahnya..dia menjenguk ke luar,dia kenal siapa yg di luar itu..Ali,Zakaria,Irwan..itu semua kawan-kawannya..Pak Mail,Imam Salleh,Tok Ketua Samsudin juga ada..malah bapa dan bapa saudaranya juga ada di luar..Ahmad kurang faham mengapa mereka begitu bising di luar..parang,sabit dan kayu juga tersisip kemas di tangan mereka..di benak pikiran Ahmad, mungkin ada peragut yg berjaya di tangkap, mungkin juga pencuri kelapa sawit berjaya diberkas..atau mungkin mereka berjaya menangkap orang minyak yang menghantui  masyarakat kampung tersebut sejak sekian lamanya..

Lalu Ahmad menyarung seluar Jeans Lee dan Kemeja T berjenama Timberland dan dia menuju ke luar rumah..Ahmad mendapatkan rakannya..pertanayaan Ahmad tidak dijawab, dia pergi pula pada bapanya..juga masih tidak ada jawapan…Ahmad buntu….semua orang sibuk bersorak..tapi apa sebabnya…..tiba2 suasana sunyi apabila tok ketua bersuara..

” Wahai penduduk kampungku sekalian..Kita dikejutkan pada pagi ini dengan berita yg menyedihkan kita semua..yang memilukan kita semua..yang menyentuh perasaan kita semua..saudara sebangsa kita,saudara seagama kita di ibu kota telah di ganyang..telah di bantai telah di bunuh oleh mereka…rumah2 di bakar,masjid2 dicerobohi..orang2 tua di tangkap..anak2 dara diperkosa…kita yang selama ini mengalah,kita yang selama ini berdiam diri.tapi tidak hari ini..hari ini  kita akan bangkit,kita akan bersuara..kita akan tunjukkan siapa sebenarnya kita..hak kita, agama kita..bukan perkara yg boleh diperkotak-katikkan…Ayuhlah rakan-rakanku..kita berjuang sehingga ke akhirnya…”

Kata-kata tok ketua itu disambut dengan sorakan oleh penduduknya..Baru Ahmad sedar..apakah yang berlaku..ketika itu juga dia mula menyesal dengan tingkah-lakunya dalam PRU yg lalu.Dialah orang paling lantang mempersoalkan kuasa Sultan..dialah orang yg paling dahulu melaga-lagakan bangsanya..dialah yg paling pedas dalm mengkritik parti kerajaan ketika itu..Ketika itu dia sudah lupa perpaduan..dia sudah lupa sudah lupa erti penyatuan..dia sudah lupa bangsanya tidak kuat..bangsanya ketika itu memang sudah renggang..seolah2 ibarat retak menanti belah..apa yg dia tahu..memenangkan ketua partinya..memastikan visi ketua partinya yg hendak menjadi ketua negara tercapai…kerana itu dia serenok mengeji,dia seronok mengutuk,dia seroonok memecah-belahkan kaumnya sendiri…

Sekarang dia baru sedar..Sejarah telah berulang..tarikhnya sama..cuma tahunnya berbeza..kalo dahulu puncanya adalah mereka..kali ini puncanya adalah dirinya sendiri dan yg seangkatan dengannya…kerana mereka sudah lupa akan perkataan..PENYATUAN,PERPADUAN dan KETUANAN…

………….

Lama benar lamunannya..dia memandang sekeliling..rakan-rakannya telah lama siap..mereka bersedia untuk terus berjuang…Ada negara yg perlu di jaga..Ada agama dan bangsa yg perlu di bela…MARUAH YG SATU ITU PERLU  DIPERTAHANKAN..Dia bangkit,membersihkan badanya daripada tanah dan pasir yg menjadi tilam tidurnya…Dia sedar pengorbanan orang seperti Pak Mail akan terbalas..Dia juga sudah sedar..perjuangan agama dan bangsa perlu didahulukan berbanding perjuangan politik parti….namun kadang-kadang bermain di benaknya…ANDAINYA DIA SEDAR LEBIH AWAL..ini semua pasti dapat dielakkan……

Bila Pucuk Sudah Lupakan Akar…

Bismillah… itu perkataan yang aku gunakan untuk mencmar duli, kembali menulis blog ini..Sebenarnya niat di hati sekadar ingin memastikan kata2 tok guru namun selepas aku ‘terlayan’ youtube nampaknya nafsu menulis aku menjalar kembali di dalam tubuh ini..

Video sepanjang hampir 9 minit itu benar2 merobek jiwa aku. Lebih dasyat komen2 di bawahnya terus menyebabkan hati kecil ini luluh..jatuh.terpana melihat keberanian anak bangsa malaysia.Yang bernaung di bawah raja yg sama..yang menjunjung perlembagaan yang serupa..MALU AKU…cacian dan carutan memenuhi paparan skrin aku..banyak perkara yg mereka persoalkan,..daripada integriti polis.sampailah kebodohan kerajaan negeri perak..Tapi, yang paling aku x boleh terima..SULTAN DIKATAKAN BODOH..

Inilah masalahnya..bila diberi betis,peha yang dipinta..Aku baru terbaca satu buku yang bertajuk “Politik Melayu”, aku x ingat karya siapa.Tapi kandungannya menarik. Baru aku mengerti pengorbanan Tunku dalam menjuangkan nasib orang melayu, pengorbanan utama masyarakat melayu yg juga merupakan pribumi negara Malaysia ini adalah dengan memberikan bukan sahaja hak kerakyatan namun HAK MENGUNDI kepada bangsa asing,bukan senang dan x ramai negara yg memberikan hak mengundi pada ‘Tetamu’ yg menjadikan negara ini sebagai persinggahan tetap mereka.

Melalui buku ini juga aku belajar, orang Melayu dulu berpecah2..ada yg berfahaman nasionalis, sosialis dan radikal..Namun x se ia x semestinya x sekata.Mereka teguh berpegang pada prinsip ‘HIDUP MELAYU“..Bahasa Melayu, Agama Islam, dan juga Raja2..x siapa yang berani pertikaikannya..biarlah orang itu Tunku sendiri ataupun Ahmad Boestamam..3 perkara ini tetap mereka junjung.Kerana itulah ‘Tetamu2’ ini tidak berani bersuara.Diam sahaja mereka dlm Parlimen ataupun DUN sebab kalo meraka sebut saja sikit..alamat, x lama la tu…

Manusia ini mudah Lupa,lama kelamaan janji yg diwariskan turun temurun itu hilang menyepi..tapi 3 perkara asas itu xkan menghilang..Sentiasa dipegang oleh bangsa melayu..kerana tatkala para tetamu itu cuba masuk ke ‘bilik tidur’ orang Melayu pertengahan tahun 1969. Mengamuk Dato’ Harun 1 Kuala Lumpur, x sampai sehari 1 Malaya berjaya dikumpulkan, tika itu baru tetamu itu sedar bukan mudah untuk mereka tidur sekatil dengan orang Melayu..

40 tahun lamanya,perkara itu berlalu…4 kali kita bertukar kepala..nampaknya sekarang tetamu itu mula bertukar sikap..kini bilik tidur orang melayu yg menempatkan segala harta pusaka yg dijunjung tinggi mula dimasuki mereka..x taulah kenapa..mugkin kita terlampau berlembut hati…atau mungkin..Jasad kita satu tapi roh kita ada 3…Entahlah..x tau apa punca utamanya…

Kalau beginilah trendnya…x mustahil,satu ketika nanti bukan sahaja kita akan tdur sekatil dgn mereka,takut2kan kita yg dihalau tidur di ruang tamu…x mustahi,sebab jiran kita sudah mengalaminya..Saat itu,usah mimpi nak selamatkan hrta pusaka kita lagi..Lebih menakutkan..hrat pusaka kita dicampak keluar digantikan dengan pusaka mereka..Saat itu, siapa nak membela kita..Saat itu jugalah kita akan terkenang perstiwa hari ini..payung yg dah lebih 1 abad menjaga keselamatan kita..kita lupakan dan campak ia merata..dan saat itu..duduklah di raung tamu.menangislah air mata darah sekalipun..hak yang 1 itu xkn kembali..

Tapi itu kemungkinannya…ia boleh saja jadi boleh saja tidak..bergantunglah..sejauh mana ego kita mengatasi ketaatan kita..sejauh mana kepandaian kita memilih yg mana hak, yang mana batil…terpulanglah..tapi ingat..Siapa yg nk jg anak cucu kita,tempat tinggal mereka,pendidikan mereka..agama mereka..nanti..Kita x kan mampu hidup selamanya…bekorbanlah sekarang..x salah..3 roh itu bergabung membentuk 1 dalm situasi tertentu..Janganlah kerana Kuasa Anak Cucu Kita Merana…

Tips2 Nak Jadi Cikgu..

Walaupun aku x pernah mengambil course pendidikan..apetah lagi terlintas nk menjadi seorang guru.. di tambah pula family aku tiada siapa pun yg berlatar belakangkan pendidikan..tuntasnya..aku hanya pernah dididik tapi x pernah mengajar  serta mendidik…

Tapi x bermakna tips yg bakal dikeluarkan oleh aku ini tidak boleh dijadikan panduan korang2 yg aku tahu,ramai pembaca blog ni akan jd CIKGU ataupun TENAGA PENGAJAR samada di peringkat institusi pendidikan asas ataupun tinggi..Yela..berdasarkan hati nurani aku yg ikhlas,aku bongkarkan apa sebenarnya luahan hati pelajar kepada guru..Aku yakin,kalo korg buat semua ni,jika x jadi CIKGU paling disayangi paling kurang pun akan jadi CIKGU yg dihormati…

Bersedialah….

1.       Pelajar..KEBANYAKAN (70++%) adalah orang yg x berapa rajin..tapi kebanyakan akan tunjuk cover macho ataupun cun dpn kwan2 diorg..Jadi kalo kelas habis pukul 5..tolongla tepati masa..tamatkan kelas..x payah nk smbung2..nk sambung len kali je,wat kelas ganti..memg la student x kan ckp x nak..TAPI dalam hati..menyumpah korang.Diorang pun adala xtvt lain..

2.     Kebanyakan pelajar,sangatla pemalu dalam kelas (walaupun luar kelas,diala yg plg havoc.).Boleh,nk tanya kat pelajar..tapi kalo jwpn die salah..xperlula korg nk laha2 budak 2..kalo salah,betulkan dgn berhemah…(Syam plg xpert bab ni)..ni x,die salah.korg pijak die btul2..dh memg pun nm die plaja..Sebab 2 ada pantun kata “Kalo Salah,Tolong Tunjukkan”

3.   Jangan Takut Nak Puji Pelajar..Katakan korg trlupa sesuatu..dan kebetulan pelajar 2 sahut dan bgtau ape ayat or perkataan or fact yg korg lupe 2..PUJI DIE..korg tau x,pujian dpd ckgu wat pelaja..sangatla bermakna…walaupun just ckap..”BAGUS!!

4.  Tapi..jgn sngt pilih kasih bile korg memuji..lagi2 cikgu pmpuan..laki pun same…nmpk je plajar 2 cntik..rajin,korg puji die je.sehinggakan korg lupe nk adress yg len2..kalo korg tngk ada yg pemalu.2 la korg ptt adress..bg die smangat..tnya soklan seng..die cnfrm jwb btul..then,puji skit..lagi la die akan aktif dlm kelas korg.

5.  Jgnla patahkan semangat pelaja yg bertanya..bile die tnya,korg ckp..”Ha,nanti carila,”,”Xkan x tau maksud die”,”Itupun awak x ingt”…Pelajar,bukan semua cepat pikap ape korang ajar..mungkin dgn bertanya,die akan lagi semangat..ni x,bile student tnya..korang perlekeh die..korg suh die cr dlm buku..HELO!!!..korang 2 cikgu,sbb 2 la pelaja bertanya…die nk jwapan..dn die tau korg ad jwpn 2..Janganla KEDEKUT nk bg..kalo iyepun nk bg tugasan..bgla yg proper..ni ble student tnya,tyme 2 la THEGEH nk konon2 ng soklan..

6.  Buat test.biarla bersistematik dan mengikut taxonomy bloom..ini kalo wat soklan ujian..main HANTAM je..student 2 x sebijak awak…diorg masih belaja..rewardla skit ngan hardwork diorg 2..ni wat soklan..DETAIL giler..Tahap PHD nyer soklan..matila budak 2..

Hmm..2 je stakat ni tips2 dpd aku..kalo aq terpikir lg..aq publish dlm next post….

Aku dan Ayam

Aku x tau nk tulis ape dlm blog aku ni..dahla aku kebuntuan idea..xpela aku citer jela ape2..hehe..tkt dah nak dpat anugerah cam anugerah penyapu yg kerajaan negeri Selangor nak kasi kat PBT di negeri2nyer..bezanya kali ni kerajaan negeri adalah kak iqa.aku plak adalah PBT yg ‘bertuah’ berpeluang nak dpt anugerah seperti 2…..huhu

Semester ni, aku terlibat dengan projek pertenakan ayam bersepadu..Kumpulan aku akan menguruskan sebanyak 60 ayam bermula daripada mereka bru menetas (aym menetas tnpa mengenali ibu masing2.itulah nsb ayam..kasihan bukan..)sampai la kena sembelih,’dressing’ dan jual aym2 aku..jadi sape2 yg nak wat tmpahan bolehla hubungi aku ea….

Berbalik pada situasi aku sekarang ni..rajinla aku slalu g mlawat ayam2 aku..time kecik2 ni,sng la jg die. dah bsar2 nanti sush weyh..

(Aq ngah GERAM GILER!!! ni xda mud nk tulis pos lg…)

Selamat Berjaya!!!

Debat Terbuka Astar….Debat Inter-Varsiti yg pertama aku sertai..Banyak kenangan manis yg aku perolehi dalam debat pada tahun 2006 itu..Walaupun debat ini x tersenarai dalam kalender MADUM, namun aku akui debat ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam memori aku..

Penyertaan kami (tinggal aku ngan syam je skang) dalam DTA ini sebenarya hanya sekadar untuk menimba pengalaman,Yela bukannya ada apa2 latihan.Tamat je Debat Integriti ketika itu terus kami ke ASTAR,tiba je di sini kami di sambut dengan temu ramah oleh wartawan stesen tv internet( x ingt nama die).Ketika tu,x ada siapa yg memandang UPM.UPM hanya pasukan kecil yg tidak membawa nama…kami berjaya memenangi 4 daripada 6 perlawanan melayakkan kami ke pusingan octo-final,namun pengalaman paling menarik ialah ketika suku akhir, di mana itu adalah perlawanan paling bermakna bagi kami,tanyalah syam ape sebabnya..kami akhirnya berjaya layak ke final dan syukur berjaya menjadi johan apabila mengalahkan pasukan UiTM (pasukan yg tidak pernah kalh sebelum itu).Aku faham betapa bermaknya pentas final walaupun kejohanannya tidaklah segah debat-debat MADUM yg lain.

Kerna itu,aku fahami perasaan Fazil,Biha dan Fiza pabila layak ke pentas final malam ni.Tahniah dan Selamat Berjaya untuk korang semua,buat Badri juga, tahniah kerana berjaya mendapat hatrik(3 final berturut2).Buat korang,lakukan yg terbaik…Aku doakan kejayaan kalian..SELAMAT BERJAYA!!!

Dekat Tapi Jauh…

Pernahkah anda merasa sesuatu benda itu kelihatan hampir dengan anda tapi sebenarnya ia sangat jauh dari anda…

Aku sendiri pernah merasa dan sedang merasai keadaan tersebut.Aku ingat satu ketika dulu,menyaksikan perlawanan antara AC Milan menentang Liverpool.AC Milan sudah pasti terasa hampir dengan Piala Liga Juara-Juara Eropah apabila mendahului Liverpool dengan 3 berbalas 0.Tapi piala yg rasa hampir di hati penyokong Ac Milan rupanya sangat jauh di tangan mereka.Liverpool berjaya memenangi perlawanan dramatik pada tahun 2005 itu dengan penentuan sepakan penalti..Memang menarik perlawanan itu..

Situasi dekat tapi jauh ni biasalah bagi kita,malah ada je komposer yg mencipta lagu berasaskan perkara ini.Situasi kedua yg aku rasakan dekat tapi jauh ni,bila aku berada di pasaraya.Seringkali aku terlepas untuk ke gerai yg ingin aku tuju disebabkan terlepas pandang.Geram!! kadang2 dua tiga kali aq tawaf pasaraya tersebut baru la jumpa gerai ataupun booth yg ingin aku tuju.Kadang2 gerai tu terletak berhampiran dengan pintu masuk ke pasaraya tu dan AKU X BOLEH PERASAN LAK..Xke namanye dekat tapi jauh..

Untuk benda pulak, tersalah letak ataupun misplace ada

Bukan sahaja situasi,tempat ataupun benda.Malah orang gak kdg2 aku rase dekat tapi jauh jer…Ada ea..hehe..ada kot…entahla..ehe