X pernah terlintas di hati aku hendak menceburi minat yg baru.Tahu sajalah diri ini baru dapat moto-make-up moto..6 bulan jer thn minat ni..baru dapat pc-make up pc…x la lama sngat,aq hilang sikit la mint ngn pc(walaupun still update ngn benda2 baru).TAPI…x pernah terlintas niat aku hendak bermain-main dengan CAHAYA..
Benarlah kata orang,x kenal maka x cinta…kali pertama kalui membawa D40 miliknya ke latihan debat…Aku Blank!!! xtau apa bahasa yg dikatakan,istilah yg timbul daripada mulutnya.Apperture..??? apakah???…shutter speed??? apakah lagi???..kesimpulannya, ia tidak menarik perhatian aku.Malah situasi itu berterusan sehinggalah,aku x tau cmne aku mula menunjukkan minat ke atas benda ni.Sekali lagi,beliau lah tmpat rujukan aku..Kagumnya aku,begitu bersemangat kalui menerangkan aku tentang sikit sebanyak maklumat mengenai benda ni..Kali pertama aku call die,masa tu kat rumah,tengah bersembang dengan mak aku..dekat sejam dia cal aku..terangkan briefly tentang dslr…nama2 seperti Scott Kelby,Shasinki..aku tahu daripada dirinya…TAPI..aku macam endah x endah,line x berapa clear sangat..
Kesimpulannya.aku x tau macam mana aku boleh terjebak dalam permainan cahaya ni,minat??mungkin.pengaruh??mungkin juga,sampai ke akhirnya,sewaktu nak dapat ‘bini’ num 3 aku yang bernama D5000 tu pun aku masih sangsi..Tapi keputusan telah dibuat,ijab kabul telah dilakukan(walaupun yg jual tu bukan Islam).Di situ bukan titik perubahannya..Samada ketentuan tuhan ataupun nak dijadikan cerita,Slr aku rosak,kena anta repair(Kalui jugak plg semangat time ni..aku geram sangat,x sampai 24 jam kot aku bersama dengan D5000 tu.Maka Kalui pun bg la pinjam D40 dia dan sebuah buku photography,Inilah titik permulaanya..
Sedikit sebanyak tentang sejarah minat baru aku,menarik hobi ni.Kenapalah aku x didedahkan waktu kecil lagi,Kemuncaknya petang tadi,impian jadi kenyataan.Lensa 70-200mm f2.8(RM 7000++),yg selama ini aku bayangkan sahaja kehebatannya di Dtowntv,akhirnya dapat juga peluang aku untuk menggunakannya..Masyallah,terbaik!!! Keupayaan untuk ambil gambar potrait.Terbaik!! lagi..xda perkataan lain untuk aku gantikan..Terbaik!! dan ia menjadi 2x Terbaik!! apabila aku juga berpeluang untuk menggunakan lensa 17-55mm f2.8,lensa untuk wide-angel(sesuai untuk landscaping).Peluang menggunakan kedua2 lensa ‘high-end’ memang tidak pernah mendatangkan kepuasan.Sekejap je masa berlalu,tapi agak rugi kerana kami x ada tripod untuk ambil gambar dalam low-light.Kesimpulannya 2x Terbaik!!!..(Time kasih kalui ngan BPK)
Permainan dengan cahaya memang menarik maka x salah la jika masyarakat yunani memanggil perilaku ini dengan Photography(menulis dengan cahaya)….
P:s(gambar boleh cek di FB ea…)
Komentar