Kokokan Ayam jantan di belakang rumah Pak Mail menyedarkan Ahmad..Suasana pagi itu sungguh dingin..titisan-titisan embun dilihat membasahi muka bumi.masih ada wap air yg melekat pada cerek yg berada di atas unggun api..hembusan bayu pagi seolah-olah mengajak Ahmad beradu semula..melupakan sebentar apa yang sedang berlaku..sungguh seksa rasanya untuk bangkit seawal subuh..jarang kalo dahulu Ahmad tidurnya terhenti di hening pagi..memang akan berlanjutan sampai matahari mencecah kepala…
Ahmad melontarkan pandangannya ke kanan..mencari-cari kokokan yg mengejutkannya itu..Dia kenal benar dgn haiwan itu…ayam jantan milik arwah Pak Mail..Dia memang ‘bengkeng’ ngan ayam jantan tersebut..selalu saja bertenggek di motosikal Yamaha 135LC miliknya..Sudahlah bertenggek..ayam jantan itu sering juga memberikan ‘cenderahati’ di atas seat motosikalnya..Seolah2 menyedari dirinya diperhatikan dgn rasa amarah oleh manusia yg bergelar Ahmad itu..ayam jantan tersebut lari menyelusup ke belukar, tidak jauh daripada situ..Ahmad melarikkan pula pandangannya ke rumah milik arwah Pak Mail..Rumah jirannya itu memang cantik..rumah kampung lama..cuma dah di’renovate’ oleh arwah menjadi sedikit moden..tiang seri yg 4 itu masih kekal,anjung rumahnnya masih utuh dengan kemasan kayu jati yg telah berusia belasan tahun.cuma dapur rumah tersebut bersalin wajah..kemasan batu-bata menghiasi bahagian tersebut..ukiran2 di dinding rumah itu menambahkan lagi serinya..Jamban dan ruang mandi yang dahulunya di luar,diletakkan oleh arwah di dalam..Ahmad masih ingat ketika dirinya masih muda remaja..die sering menjeling anak dara Pak Mail yg keluar berkemban untuk mandi ataupun membuang air..terpamer senyuman nakal di wajahnya membayang keayuan anak dara arwah..
Namun rumah bewarna merah itu hanya kekal cantik di memori Ahmad, sekarang tidak ada lagi ukiran2 berkonsepkan timur tengah..anjung yg dahulunyya teguh kini hanya tinggal tiang..yang tinggal hanyalah serpiha-serpihan papan yang bertukar menjadi arang setelah rumah tersebut dijilat api minggu lalu..Ahmad tahu benar apa puncanya..Ahmad kenal sangat siapa dalangnya…Apa benar2 erti asbab rumah secantik istana itu musnah dimamah api..
………….
Pagi itu, Ahmad terjaga disebabkan riuh-rendah di luar rumahnya..dia menjenguk ke luar,dia kenal siapa yg di luar itu..Ali,Zakaria,Irwan..itu semua kawan-kawannya..Pak Mail,Imam Salleh,Tok Ketua Samsudin juga ada..malah bapa dan bapa saudaranya juga ada di luar..Ahmad kurang faham mengapa mereka begitu bising di luar..parang,sabit dan kayu juga tersisip kemas di tangan mereka..di benak pikiran Ahmad, mungkin ada peragut yg berjaya di tangkap, mungkin juga pencuri kelapa sawit berjaya diberkas..atau mungkin mereka berjaya menangkap orang minyak yang menghantui masyarakat kampung tersebut sejak sekian lamanya..
Lalu Ahmad menyarung seluar Jeans Lee dan Kemeja T berjenama Timberland dan dia menuju ke luar rumah..Ahmad mendapatkan rakannya..pertanayaan Ahmad tidak dijawab, dia pergi pula pada bapanya..juga masih tidak ada jawapan…Ahmad buntu….semua orang sibuk bersorak..tapi apa sebabnya…..tiba2 suasana sunyi apabila tok ketua bersuara..
” Wahai penduduk kampungku sekalian..Kita dikejutkan pada pagi ini dengan berita yg menyedihkan kita semua..yang memilukan kita semua..yang menyentuh perasaan kita semua..saudara sebangsa kita,saudara seagama kita di ibu kota telah di ganyang..telah di bantai telah di bunuh oleh mereka…rumah2 di bakar,masjid2 dicerobohi..orang2 tua di tangkap..anak2 dara diperkosa…kita yang selama ini mengalah,kita yang selama ini berdiam diri.tapi tidak hari ini..hari ini kita akan bangkit,kita akan bersuara..kita akan tunjukkan siapa sebenarnya kita..hak kita, agama kita..bukan perkara yg boleh diperkotak-katikkan…Ayuhlah rakan-rakanku..kita berjuang sehingga ke akhirnya…”
Kata-kata tok ketua itu disambut dengan sorakan oleh penduduknya..Baru Ahmad sedar..apakah yang berlaku..ketika itu juga dia mula menyesal dengan tingkah-lakunya dalam PRU yg lalu.Dialah orang paling lantang mempersoalkan kuasa Sultan..dialah orang yg paling dahulu melaga-lagakan bangsanya..dialah yg paling pedas dalm mengkritik parti kerajaan ketika itu..Ketika itu dia sudah lupa perpaduan..dia sudah lupa sudah lupa erti penyatuan..dia sudah lupa bangsanya tidak kuat..bangsanya ketika itu memang sudah renggang..seolah2 ibarat retak menanti belah..apa yg dia tahu..memenangkan ketua partinya..memastikan visi ketua partinya yg hendak menjadi ketua negara tercapai…kerana itu dia serenok mengeji,dia seronok mengutuk,dia seroonok memecah-belahkan kaumnya sendiri…
Sekarang dia baru sedar..Sejarah telah berulang..tarikhnya sama..cuma tahunnya berbeza..kalo dahulu puncanya adalah mereka..kali ini puncanya adalah dirinya sendiri dan yg seangkatan dengannya…kerana mereka sudah lupa akan perkataan..PENYATUAN,PERPADUAN dan KETUANAN…
………….
Lama benar lamunannya..dia memandang sekeliling..rakan-rakannya telah lama siap..mereka bersedia untuk terus berjuang…Ada negara yg perlu di jaga..Ada agama dan bangsa yg perlu di bela…MARUAH YG SATU ITU PERLU DIPERTAHANKAN..Dia bangkit,membersihkan badanya daripada tanah dan pasir yg menjadi tilam tidurnya…Dia sedar pengorbanan orang seperti Pak Mail akan terbalas..Dia juga sudah sedar..perjuangan agama dan bangsa perlu didahulukan berbanding perjuangan politik parti….namun kadang-kadang bermain di benaknya…ANDAINYA DIA SEDAR LEBIH AWAL..ini semua pasti dapat dielakkan……
Posted by put3alam on 25 Mei, 2009 at 12:37 am
aku ingat ko nak buat novel bersiri dalam blog….hahaha…aduh!!ko memang pakar retorik
redzariz : itu compliment ke complaint..hehehe
Posted by Nurul Farida on 4 Julai, 2009 at 10:52 pm
Urm.. agak2 la kan.. berapa patah perkataan ni ea? Urm.. leh jd cerpen.. cerita xheavy tp isi padat dan yg penting sekali ade mesej yg ingin disampaikan.
redzariz : sy ni penulis mentah je..bru nk blaja la ktakan
Posted by NurulFarida on 6 Julai, 2009 at 2:50 pm
bagus usaha nak belaja tu.. sama2 kita belajar.. kalau sy kurg ilmu awk leh ajar plak.. hehehe..
redzariz : bolh cik nurul…xda msalah..slamat menghadapi sem bru..