Dosa dan Pahala merupakan satu kepercayaan wajib bukan sahaja kepada umat Islam, malah semua agama di muka bumi ini percaya yg perbuatan baik akan di balas dengan ganjaran (yg dipanggil pahala dalam agama Islam) dan perbuatan yg jahat serta keji akan dibalas dengan dosa. Dosa dan Pahala dikaitkan dengan kehidupan ‘selepas mati’ (Afterlife), dimana Umat Islam meyakini amalan mereka akan dihisab sebelum pembalasan yg setimpal diberikan kepada mereka.
Aku berminat untuk berbicara soal dosa dan pahala selepas membaca sisipan akhbar Mingguan Malaysia, dimana kedua-dua akhbar sisipan itu memaparkan pelabagai kes, yg tema asasnya sama iaitu Dosa-dosa Isteri..
Kes pertama, apabila ada seorang wanita bertanya kepada seorang uztaz yg sering menjawab segala masalah orang ramai dalam sisipan Kesihatan, wanita tersebut meluahkan perasaan, Katanya…Suaminya seorang baik..tidak pernah marah kepadanya apetah lagi sanggup untuk memukul wanita tersebut..Tapi sang isteri pula seorang yg penuh sensitif..Seringkali dia salah tafsir akan kata-kata suaminya dan sering melenting kepada suaminya…Lebih Parah,apabila Si isteri ini,apabila datang keadaan yg mudnya x berapa nk baik, suaminya dilayan nak x nak je.Sering juga dia bermasam muka dengan suaminya.Melanggar arahan dan nasihat suaminya..Memerli-merli suaminya..Mengugut suaminya…lagi-lagi apabila suaminya kurang melayanya…Situasi begini diceritakan kepda ustaz tersebut dan perkataan pertama ustaz itu dalam jawapannya adalah..PUAN BERDOSA..
Kes kedua,lebih parah…Dalam sisipan kesihatan itu juga, ada ruangan kaunseling…aku x ingt bersama siapa tapi aku jelas tentang masalahnya..sedikit berbeza, kali ini lebih teruk…Isterinya lebih tua dan lebih berjawatan drpd suaminya..disebabkan keadaan itu, suaminya dilayan seperti pekerja bawahannya..suara ditinggikan,permintaan suami tidak dilayan..kemuncaknya dia pernah mengherdik suaminya apabila suaminya mengadu kepadanya di keadaan dia yg sedang sibuk dengan kerja..wanita ini juga sering membawa kerja beserta masalah ke dalam rumah..Disebabkan itu keadaan rumahtangganya lebih banyak diuruskan oleh suaminya..Yela, suami kerja 9-5 sahaja..jadi balik kerja, anak dia ambil,dia yg masak,kain dia yg basuh…begitu banyk sang suami berkompromi dgn isteri,namun si isteri tidak pernah sekalipun mengucapkan terima kasih..Lebih Dashyat..kemuncak pergaduhan mereka..apabila si isteri pernah meminta masing2 menyenaraikan tabiat yg tidak disukai terhadap pasangan mereka..maknanya..si suami tulis keburukan isteri,si isteri juga sebaliknya..Kesempatan itu digunakan dgn sebaiknya oleh Isteri untuk memaki suami…segala keburukan ditulisnya..di kala penyerahan..si isteri tidak membaca pun surat suaminya..suaminya ketika membaca..hanya tersenyum dan mengakui kesilapannya…Kuasa Tuhan sangat besar, suaminya meniggal dunia dalam kemalangan jlan raya..Semenjak drpd itu Si isteri mula sedar akan betapa sabar dan rajin arwah suaminya..Dia sering menangis bersendirian memikir kenangan lama…lebih menyayat hati apabila surat lama yg menceritakan keburukan pasangan yg ditulis suaminya dibuka kembali..alangkah terperanjatnya beliau,apabila suaminya langsung tidak mencelanya..bahkan suaminya mengatakn dia adalah seorang isteri yg baik dan sempurna…tidak ada langsung kutukan..hanya pujian sahaja yg tercatat dlm surat itu..Kaunselor tersebut membalas pada permulaan responnya dengn mengatakan…..PUAN SANGATLAH BERDOSA…..
2 kes yg berbeza tp sebenarnya serupa membawa banyak pengajaran kepda kita..Saja aku menulisnya dalam pos aku ni,kerana aku yakin ramai kalangan pembaca blog ini adalah kaum hawa yg berpelajaran tinggi…Nasihat aku cumalah..jangan lupa status kita tetap isteri walaupun setinggi mana jwatan kita..sebanyak mana hrta kita..janganla derhka pd suami kelak..Ingatlah x cium bau syurga kalo si isteri derhaka pada suaminya
Komentar