Dari Pasir Mas ke Kajang…

Seharian Mat termenung di hadapan verandah rumahnya.Memerhatikan kawasan permai itu cukup untuk menenangkan hatinya.Bagi dirinya kawasan terpencil di Kajang itu cukup untuk menambat hatinya daripada berpindah ke kawasan lain.Fikirannya jauh melayang mengingat kembali, bagaimana dirinya boleh bermastautin di bumi indah ini..Panjang ceritanya sama panjangnya dengan masa Mat duduk termenung.Kadangkala terpancar senyuman di wajahnya,kadangkala juga air mukanya bertukar muram..Banyak perkara yg bermain di benak pikiranya..Sehinggakan kanak-kanak yg datang belajar mengaji dengan ibunya memberi salam turut tidak diendahkanya.Baginya melayan permainan mindanya lebih mengasyikan sehingga terlupa dunia sebenar….

**************************************

Mat bukanlah orang jati Pasir Mas, Kelantan negeri yg satu ketika dahulu diberi gelaran serambi mekah atas usaha rakyat2 negeri itu menyebarkan ilmu agama Islam.Dia juga adalah pendatang yg berasal daripada negeri di utara tanah air..Datang ke kawasan yg jauh bezanya baik daripada segi adat dan makanan semata-mata dengan satu hasrat..Dia ingin menawan kawasan itu….Entah mengapa kawasan yg tidak  semaju negeri kelahirannya itu yg dipilihnya..Mat sendiri tidak mempunyai jawapan yg jelas ke atas soalan itu..Yg pasti dirinya sudah tertarik dengan tempat itu dan dia sudah bertekad untuk menjadi ketua..X kisahlah ahli parlimen ataupun sekadar D.O (Pegawai Daerah)..Janji dia berpeluang untuk menjadi ketua bagi kawasan tersebut..

Bermulah episod baru dalam hidup Mat.Kali pertamanya,dia cuba bermesraan dengan penduduk setempat..Untuk itu dia perlulah menukar dialeknya ke dimensi baru..Cakap Kelate..Layanan yg baik diberikan kepada Mat..Penduduk kampung juga beramah mesra dengan Mat..Layanan yg sedemikian menggalakkan Mat untuk lebih berusaha dalam mencapai cita-citanya..Namun belum sampai seminggu Mat cuba untuk memahami penduduk setempat dan menyebarkan dakyah serta doktrinya,penduduk setempat mula berubah angin…mereka mula jelik melihat perangai Mat.Kerenah penduduk tersebut mengusutkan fikiran Mat.Dia mula berfikir akan kesilapannya..Nak kata dia tidak raji, sering sahaja dia membantu penduduk baik dari segi bercucuk tanam hinggalah membantu menjaga anak2 penduduk kawasan tersebut (ala2 taska gitu…). Bahkan Mat sering sahaja menjadi tempat luahan hati penduduk yg mempunyai masalah..Mat jaga mereka semua..Tapi..mereka tetap sudah seolah2 jemu dengan Mat..Tapi Mat bukanlah jenis orang yg mudah berputus-asa, baginya semua itu satu cabaran apetah lagi ditambahkan dengan sifat Mat yg setia pada satu..begitulah perasaanya ke atas Pasir Mas ni..

Bukan sebulan dua,malah 6 bulan telah berlalu..namun Mat masih tidak nampak cahaya malah sinar pun sedikit tidak kelihatan yg dirinya bakal dilantik sebagai kepala di kalangan masyarakat tersebut.Mat mula berputus harap..Pernah Mat diherdik pabila menyuarakan hasratnya..Bukan kerana terlampau gila kuasa,tapi niatnya untuk membimbing dan memimpin penduduk kawasan itu yg tidak ada ketua. Bagi Mat,dia merasakan dirinya diberi peluang untuk sekurang-kurangnya menunjukkan bakat untuk mengetuai mereka..Namun, perkara itu hanya angan2 Mat..Bukan Mat orang yg kedekut, semuanya dikorbankan..baik dari wang ringgit dan masa.Semata-mata untuk mereka..Tapi apa yg Mat dapat hanyalah seperti lgu Cuba nyanyian Faizal Tahir..Paling tinggi pelaburan Mat adalah dengan pembinaan Menara Jam di tengah2 pekan Pasir Mas itu..Namun, masih sama sahaja..xada perubahan..

Mat bukan berseorangan..dia sering meminta pendapat rakannya yg berasal daripada Kajang untuk membantunya.Rakannya setia memberi nasihat kepadanya dan menjadi tempat untuk Mat mengadu pabila dalam kedukaan..Rakannya sentiasa kasihan melihat Mat yg diperlekehkan oleh penduduk setempat..Lantas, dicadangkan Mat untuk mencuba nasib di kawasan kelahirannya di Kajang..

Kajang..Bagi Mat itu kawasan yg sukar ditawannya..permintaan untuk menjadi ketua sangatla tinggi menyebabkan ramai calon yg mencuba nasib..Mat kenal sangat kawasan itu..mempunyai banyak bekas2 D.O malah masih banyak lagi yg memohon untuk menjawat jawatn itu..Mat rasakn yg dia tidak mampu bersaing dengan meraka..Tapi lama2 Mat geram dengan kawasan lamanya..dan tertarik dengan kawasan baru itu..cuma dia takut untuk mendengar lagi kata-kata yg menolak dirinya selaku pemimpin..

Namun pabila menjelang satu persidangan Ketua-Ketua kawasan di adakan di gombak, ketua kawsan untuk Kajang kosong kerusinya..Ini membuatkan mamat lebih komited akan niatnya..Menjadi ketua di kawsan tersebut.. Di Kajang Mat  tidak keseorangan..Rakannya tutut membantu Mat menyelesaikan masalah dan membantu dirinya menjalankan tugas,Kajang juga slebih kurang sama dengan pasir mas. Bahkan semasa lawatan Mat ke sana semenjak 3 bulan yg lalu, rakyat kajang begitu baik hati, komited dalam menjalankan tugas, dan sentiasa saling menasihati antara satu sama lain..Mat sudah tertarik dengan Kajang,Pasir Mas sudah semakin dilupakan.

Maka menjelang persidangan Ketua-ketua kawasan, Mat sudah mula melobi di Kajang, pedulikan Pasir Mas,tiada siapa yg hiraukan Mat di sana walaupun kadangkala Mat cuba-cuba berhubung dengan penduduk di Pasir Mas kembali..Di Kajang, Mat sudah tidak peduli,Mat sudah tidak kisah,Mat saja buat-buat x endah dengan kata-kata orang yg memerlinya akan tindak-tanduknya itu.Ya lah..tiba-tiba saja berubah hati..bagi Mat manusia itu sentiasa berubah dan pada hematnya, tindakannya pada kali ini adalah tepat..Walaupun Mat pada mulanya segan-segan untuk menonjolkan dirinya, tapi akhirnya keberanian daripada pengalaman yg lalu, Mat menawarkan diri selaku Ketua di sana..bukan mudah untuk Mat tiba-tiba sahaja menjadi ketua..Seperti biasa pada mulanya hasaratnya ditentang. Namun peribadi Mat akhirnya dapat memikat penduduk kawasan Kajang,dan menjelang kemuncak persidangan tersebut pada hari ke-2 bulan akhir tahun tersebut.Mat diterima menjadi ketua bagi kawasan itu..

Bukan kepalang seronoknya Mat ketika itu,hanya tuhan yg tahu betapa riangnya hatinya.Jiwanya menjerit kegembiraan..Puas…Bermula dari saat itu Mat mula menetap di Kajang, menjalankan tugas di negeri indah permai itu…

************************************

Mat hanya tersedar daripada lamunannya apabila ibunya menjerit memanggilnya masuk untuk makan malam…hampir seharian Mat berada di anjung rumahnya..Mat mengangkat dirinya,melangkah masuk ke dalam,sebelum menutup pintu verandah rumah..Sekali lagi dia lemparkan pemandangan ke luar, menyaksikan garis-garis merah yg mewarnai ruang angkasa di ufuk barat,matanya tertacap pada sekumpulan kanak-kanak yg lari menuju kerumah masing2,takut dimarahi orang tua mereka kerana main sampai ke senja..Hati Mat tersenyum.Dia memilih keputusan yg tepat……

Sekian..

P:s. Ini adalah Satira

2 responses to this post.

  1. salaam..uit,byk lak update.dulu2 time cuti asal masuk je x update ag.ne siap ad entri yg guna password ag.glerlaa..utk sweetheart kann..huhu apa2la asal kn ko bahagia.eyt asal komen ak kat syair parsi tu xada?

    redzariz: wsalam…eyt ko laha aq ea ana..hehe..eh nape lak xde, ad je kan.xpe nanti aq cek…

  2. Posted by ieda on 30 Januari, 2009 at 12:19 pm

    ni ape pnjang bejele ni..ko ni smkn ssh difahami,

    redzariz : x bc maka x faham, x faham maka x kenal,x kenal maka x cinta.hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: