Hak & Kepunyaan

Kita mempunyai Hak ke atas segala kepunyaan kita..Melihat kepada lumrah alam, semua orang akan mempertahankan hak dan kepunyaanya.Bukan sahaja kita selaku manusia yg melakukan perkara ini.Malah binatang juga dilihat akan mempertahankan hak mereka apabila dicerobohi.Ini adalah hukum asas yg diperakui oleh semua bentuk kehidupan..

Untuk memperoleh sesuatu kepunyaan itu bukan satu perkara mudah.Banyak perkara yg kita abaikan atau kita korbankan untuk memiliki sesuatu benda.Sebagai contoh, untuk memiliki sebuah motosikal, kita terpaksa untuk  mengorbankan belanja makan kita,peruntukan untuk membeli belah terpaksa dikurangkan.Bahkan dalam sesetengah kes, manusia sanggup tidak makan semata-mata untuk memiliki sesuatu barang atau perkara. Dalam konteks ekonomi perkara ini dipanggil trade off.Yakni, kita membuat pilihan ke atas sesuatu perkara berbanding perkara yg lain..Semuanya bertujuan untuk mendapat kepuasan hati dan perasaan.

Lazimnya apabila memiliki sesuatu, kita akan bertindak menjaga perkara tersebut sebaik mungkin menggunakan segala kemampuan kita.Apatah lagi jika sesuatu itu sangat bernilai untuk diri kita,sangat bermakna untuk perasaan kita. Perasaan takut akan kehilangan menyebabkan kita akan sentiasa menjaga perkara tersebut sepenuh hati kita. Maka lahirlah pepatah seperti “Menatang Minyak yang Penuh”. Perbuatan tersebut melambangkan ketelitian kita memelihara dan menjaga sesuatu perkara.Bukan mudah hendak menatang minyak yg penuh,begitulah juga bukan mudah hendak menjaga sesuatu kepunyaan dan hak.

Cabaran dan rintangan,adalah perkara biasa yg kita lalui dalam menjaga kepunyaan kita.Kadangkala pasti timbul di hati kita rasa tertekan,marah pabila terlmpau banyak rintangan yg dihadapi dalm menjaganya..Bahkan sering sahaja kita dengar orang berputus asa dan menerima buta2 ape sahaja takdir yg datang disebabkan tidak lagi mampu untuk mempertahankan hak dan kepunyaanya. Ini adalah tindakan yg silap.Walau apapun rintangan yg menimpa namun kita perlu ingat, segala yg hadir itu akan mematangkan dan menguatkan lagi semangat kita mepertahankanya..Janganla mudah berputusa asa..

Kita pasti akan merasa kecewa apabila kita kehilangan kepunyaan kita,kita pasti marah apabila orang lain merampas atau menyebabkan kehilangan kepunyaan kita..Tapi,Apakah perasaan kita apabila kita menyebabkan kehilangan kepunyaan orang lain..Bayangkan betapa banyak kenangan manis yg disimpan oleh tuan empunya akhirnya kita ragut tanpa kita sedari…Bayangkan….

Peliharalah,sayangilah,jagalah kepunyaan dan hak kita sebaik mungkin…dan penuhkanla amanah dan t/jawab yg diberikan kpd kita dengan sesempurna mungkin

P:s Sory untuk tersayang atas kealpaan dan kelalain diri ini..Tidak mungkin kepunyaan yg satu itu akan aku lupakan..akan dipelihara dan dijaga hingga akhirnya..Biapun Sampai Surga..

One response to this post.

  1. Posted by ieda on 30 Januari, 2009 at 12:20 pm

    owh..utk tesyg…

    redzariz : yup..sangt sayang ok

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: