Kosong…

Hari ni 25 Januari…Pagi Ahad yang ceria di luar,burung berkicauan sesama sendiri,mengalunkan irama alam yg menjadi santapan telinga aku…Aku dalam bilik..Baru lepas bagi yuki ubat,bersihkan sangkar dia.tukar air dan makan..mata yuki semakin baik,semalam x leh bukak langsung..huhu..Hari ni sepatutnya latihan pukul 9,tapi aku mungkin datang 9.30..X mandi lagi…hehe

Pagi ahad yg indah ini terasa kosong di hati aku..Semalam masih lagi berdua,beramai..tapi hari ini…Kosong…Masuk ke tandas,lazimnya bunyi pancuran air jelas kedengaran,tanda bilik air ada penghuninya tapi kini..sekadar titisan-titisan air membasahi lantai jubin bewarna merah jambu..Kosong..

Hallway yg tidak pernah sunyi dengan derapan tapak kaki penghuni kolej ini,kini sekadar menjadi laluan kucing2 yg setia menetap di sini..cuma sekali sekala makcik cleanar melintas lalu..Jika tidak..kosong..Park lot untuk motosikanl yg selalunya penuh dengan pelbagai jenis dan warna motor kini sekadar menjadi hamparan tar yg besar..sekadar menampung daun-daun kering yg gugur dihembus angin..Kosong..

Selain Yuki apa yg menemani aku yg keseorangan hanyalah telefon selular yg menghubungkan aku dan dirinya..pengubat rindu di hati yang..Kosong..ini..Jika tidak PC yg dikuasai dengan AMD Phenom Triple Core ini menjadi santapan mata dan telinga aku..itupun PC ini juga aku rasakan..Kosong..Semua game sudah muak untuk aku main…Lagu2..juga begitu..cliche sudah untuk dihidangkan sebagai halwa telinga aku..

Sudah..aku nak tamatkan suasana..Kosong..ini..Nak Mandi..Nak g 13..Harap2 kat sana x..kosong..ehe..nak harapkan orang tu msg aku..confirm x bgn lagi..huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: