Pemimpin

Bukan senang untuk kita bergelar pemimpin..untuk dilantik menjadi pemimpin,sudah pasti kita memerlukan kredibiliti yg cukup tinggi, penampilan yg mampu menarik hati sesiapa saja kerana pastinya selaku pemimpin kita juga merupakan ‘role model’ kepada umum..

Pemimpin yg ulung seringkali menjadi sebutan rakyat jelata.Merekalah yg ditanggungjawabkan untuk membentuk negara,menjana pendapatan dan merancang pembangunan.Jika sesebuah peradaban itu berjaya,merekalah yg dipuja dan diangkat sebagai raja.Jika peradaban tersungkur menyembah bumi maka nama pemimpinya  lah yg dicaci maki..

Pabila membangkitkan soal pemimpin dan kepimpinannya,kita perlu sedar..Pemimpin tidak semestinya harus mengepalai sesebuah negara atau peradaban yg ulung.Cukup sekadar menjadi ketua bg satu komuniti, kita sudah menggalas t/jawab selaku pemimpin..Ya, benar..menjadi ketua keluarga turut termasuk dalam kelas pemimpin..Mungkin nampak remeh dan kelakar namun tidak salah jika saya mengatakan,saya berada sebaris dengan Julius Ceasar,Montezuma dan Maharaja Meiji..Ya,saya pemimpin,mereka juga merupakan pemimpin yg agung,cuma kelas kami berbeza..Saya sekadar memimpin komuniti kecil di tanah Serdang,sedangkan mereka merupakan golongan yg telah mencorakkan dunia ini..Tapi secara asasnya..saya tetap sama dgn mereka walaupun sekadar nama..

Terlanjur menyebut mengenai pemimpin,2 nama yg disebut bakal membawa sinar perubahan.Seorang dikatakan bakal meneraju negara gergasi ekonomi dan ketenteraan ke satu landasan yg baru, yg dikatakan berbeda dgn pemimpin sebelumnya..Seorang lagi dikatakan bakal membawa sinar baru kpada penghuni lembah ilmu terbesar di Malaysia ini..Ada persamaan di antara mereka..Bukan sekadar tona kulit..Tapi karisma yg dimiliki mereka mampu menarik sejumlah besar kepercayaan ke atas keupayaan mereka..

Cuma kita berharap,impian dan angan2 yg dipasang tidak kira oleh sesiapa saja yg memilih mereka mampu untuk ditunaikan..Impian untuk melihat bumi palestin diwarnai dgn hijau kesuburan bumi,harapan umtuk melihat kezaliman zionis diadili dan angan2 untuk menyaksikan kampus hijau ini kembali bersinar…Semua ini terletak di bahu mereka..

Ingatlah..pemimpin itu adalah amanah rakyat…

2 responses to this post.

  1. Posted by redapples on 20 Januari, 2009 at 7:59 pm

    faham.noktah.

    redzariz : Bagus.titik

  2. koma or tanda seru takde ke? hehehehe….

    redzariz : tanda soal..hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: