Archive for 16 Disember 2008

Hati dan Perasaan

Saja..aku malas nak menamatkan trilogi pos aku sebelum ni.apetah lagi aku kekangan masa sekarang..Hari ni,aku kena teman mak aku ke Kursus di Jabatan Veterinari di Ipoh..Haish..bosan aku kursus2 ni..aku belajar plak tentang perkara ni,sepatutnya aku yg memberi kursus..Tapi terbalik plak yg jadi..Tapi xpela,selaku anak yg mendengar kata ibu bapanya..Aku pergila,

Saja juga aku nak merungkai bab hati dan perasaan ni,Setiap manusia mempunyai hati,tapi x semua yg mempunyai perasaan.Perasaan adalah sifat personaliti yg dilahirkan melalui peribadi masing-masing

Semua individu mempunyai perasaan yg berbeza-beza,yg berubah mengikut masa dan suasana.Perasaan juga x semestinya dizahirkan.Kerna ada saja yg perasaan yg dipendam sehingga ke akhirnya.Percayalah,jika kita asyik menyimpan apa yg terbuku di dalam hati kita,nescaya ia juga boleh menjadi barah dalam hati itu sendiri.

Perasaan juga x semestinya perlu senantiasa dizahirkan.Kesilapan dan kealpaan boleh mengundang bencana pada diri sendiri jika tersilap langkah yg diambil.Untuk menghilangkan sesuatu perasaan bukan perkara mudah.Tindakan yg di ambil perlu mendapat sokongan masa dan suasana untuk mengubati perasaan yg sudah luka.

Percayalah perasaan manusia pada hari inilah yg mewarnai dunia agar ia tidak suram dan kelam..

p:s Baca artikel ini dengan perasaan,bukan dengan minda..nescaya anda dapat selami maksud tersiratnya..