2 Disember 2008(2 of 3)

Tamat sudah masa bermain,tamat sudah masa latihan,tiba sudah waktunya..

28 November 2008, kontinjen debat Diraja kategori Bahasa Melayu bertolak ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertempat di Gombak,Selangor.Seramai 20 orang peserta dan pengurus pergi dengan segunung harapan untuk menggapai kejayaan di sana nanti..

Aku???

Cuak,takut,gementar,x sabar…semua perasaan bercampur-baur di dalam hatiku ini…Saat melihat begitu ramai peserta daripada 20 IPTA( x silap aku),datang mengambil bahagian.Aku ternanti-nanti bagaimanakah rupa pasukan lawan aku nanti,siapakah pendebat-pendebatnya?adakah trio UIAM di pentas final FOMCA lalu akan digandingkan semula??

Buat pengetahuan semua,ini adalah kejohanan Debat Diraja aku yang pertama dalam Pasukan Utama(senior) dan aku sedar tanggungjawab itu sangatla berat..Malam sebelum bertolak aku telah mensasarkan untuk layak ke Separuh Akhir( walaupun sebenarnya hati aku berkecamuk memikirkan kepayahan kejohanan ini).Lebih2 lagi apabila Tok Guru sendiri mengatakan Pasukan Utama A(yg satu lagi) akan mara terlebih dahulu berbanding kami,lagi menambahkan kecuakan aku ni..membayangkan betapa hebatnya saingan bakal kami tempuhi..

Baiklah,Pagi 29/11/08…perlawanan pertama bertemu dengan UiTM muda A,pasukan muda memang liat,semangat juang itu sangatla tinggi..apatah lagi membahaskan tajuk yg begitu spesifik,”Pengunduran Musharaf “..Aku pernah mendengar budak2 berdebat tajuk ni..tapi tumpuan x diberikan sepenuhnya..jadi perkataan yg kami jumpa,yg paling kuat ialah NRO, dan itulah asas bangkangan kami..Kami menang margin 7..wow!!

Pusingan 2,aku berharap dapat berjumpa dengan Uni2 seperti UTeM,UniMaP..tapi kami bertemu dengan pasukan UIAM utama B,Pasukan Izad Jonid dan Syazawan beserta seorang lagi wanita yg belum ku kenali..Perasaan aku waktu 2..terlampau gugup..entahla..aku memang belum panas lagi,aku harapkan pusingan 1 tadi memanaskan aku,tapi tidak..alhamdulillah masih menang..Tapi..aku kurang Pathos..dahla Logos pun hancus..

Pusingan 3,pusingan terakhir pada petang itu,..lawan UM muda..Lawan tajuk yg ‘boink’ kan kepala hotak aku..konsep bawaan sama..aku rasa bosan berdebat ptg 2,bukan aku sorang,syam ngan amer pun sama.hakim2 pun begitu..aku sangatla boring..ditambah dengan cara budak2 junior UM berdebat..lagila ngantuk..syukur still menang,even Pathos,Logos,Ethos aku…HANCURR!!!..

Tamat 3 pusingan awal haritu,hati aku masih lagi tidak tenteram…banyak yg aku fikirkan,,takut untuk menghadapi hari esok,kerana kami akan mula bertemu pasukan yg hebat2…

Pagi esoknya,pusingan 4,bertemu dengan UIAM muda,johan Debat Keusahawanan..leading team untuk junior..arghh..x sanggup aku fikir..lawan UIAM lagi..kali ini penyokong nya lebih ramai,..lawan isu Media..Syukur sekali lagi..menang dengan tuan rumah..lagi puas apabila kemenangan kami itu disaksikan oleh penyokong2 kipas susah mati(die hard fans) universiti mereka sendiri…puas dapat membuat mereka senyap,bukan apa aku trauma selepas dikalahkan oleh tuan rumah ketika itu SAS sewaktu kejohanan HKSBP..gemuruh sidang 2 waktu tu,gamat dgn sorakan penyokong2 anak buah didikan Kalui (memori 2005)..

Kami berada dalam kelompok 4 pasukan terbaik usai sidang ke 4 itu..Sidang ke 5 kami akhirnya bertemu dengan pasukan UiTM..pasukan yg amat kami segani..dan secara peribadinya,sangat aku takuti..aku ingat usulnya,perlambangan “berambut lebih baik daripda botak”..aku menuruti sahaja kata2 ikon PM dan Pidato universti,saudara Syamsul berdasarkan konsepnya,walaupun di saat akhir,beliau sendiri menimbulkan keraguan ke atas konsep bawaanya sendiri..tapi aku x kesah akan perkara tersebut..mula berlawan.Syam menerang dengan cukup baik..Beliau memang boleh dijadikan ikon Perdana Menteri.sangat bagus dalam membuka konsep awalan perdebatan..Tapi apabila bangkit Mont..pertikaian yg dilakukannya membuat kami terduduk..Pasrah dengan konsep kami yg dirobek2 di dpan mata kami sendiri..aku sendiri x tahu nk pertahan kes mcm mana,tapi akhirnya..aku defend gak kes aku guna word2 drpd team pembangkang…Keluar dewan,kami menjangkakan kekalahan.Tapi alhamdulillah,kami menang juga dan menjamin tempat kami di pusingan suku akhir..

Pusingan 6,pusingan akhir bagi perngkat saringan..2 pasukan teratas bertembung..kami menentang pasukan UTAMA A tuan rumah, UIAM
..lawan tajuk AUKU..entahla apa sebabnya,tapi kami sangat malas nk berlawan dan akhirnya sekali lagi kami dibelasah,juri 3-0..adeh2..tapi xpala..memg salah kami pun..

Di akhir pusingan awal,keputusan 8 pasukan yg layak ke suku akhir,kategori Utama dan Muda diumumkan..kami memg pasti kami layak..cuma aku risaukan pasukan Muda kami..trio yg terdiri daripada 3 org,fara,bad dan ida..merisaukan kami..apetah lagi selepas ranjau yg dilalui mereka semalam.tekanan kekalahan yg akhirnya meruntuhkan benteng kesabaran mereka..mengalir air mata semalam..tapi hari ini mereka bangkit..cuma kekalahan di sidang terakhir sedikit merisaukan kami..namun akhirnya pasukan yg istimewa itu,layak ke suku akhir kategori muda..

Bagi kami..kecuakan sekali lagi timbul apabila diundi bertemu UiTM,pasukan Mont..haishh..aku sangatla cuak..takut bertemu dgn mereka sekali lagi pada keesokan harinya..

Pasukan muda juga bertemu dengan UiTM,pasukan Hafiz Hud..memg jdoh kami kuat dengan UiTM..hehee…

Tamat episod 2..nantikan episod terakhir,trilogi debat diraja 2008..penat aku menaip..dah naik tepu..

One response to this post.

  1. Posted by adik kak yong on 16 Disember, 2008 at 7:00 am

    tahniah kat korg..
    mmg layak korg menag n trime anugerah 2..
    sayang skali x dpt nk tgk final korg… huhuhu..
    pape pun… congretz….

    redzariz : thanks naqeeb,xpe2 nanti ko leh tngk video 2 ea..kem salam kat kak yong ko..ckp kat die,watla final project 2 dgn tnang…ehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: