2 Disember 2008(1 of 3)

Aku memang suka menggunakan tarikh sebagai tajuk pos aku,dan sebenarnya sudah lama aku mengimpikan untuk menulis pos ini, namun apakan daya ada sahaja kekangan yang datang, baik daripada kemalasan diri sendiri sehinggalah kekangan masa yang seolah2 sentiasa mengikat diriku ini.Aku akan cuba rangkumkan peristiwa ini dalam 1 trilogy..ala2 LOTR gitu..hehe

Permulaannya, 19 orang pelajar Universiti Putra Malaysia berkumpul beramai-ramai di Kolej 13 bertujuan untuk ‘menjalani’ latihan berpusat Debat Diraja 2008,bermula¬† 13 November yakni selepas tamat sahaja Final Exam dan 3 minggu sebelum kejohanan bermula..

Latihan sebenarnya bermula selepas tamat kem ‘merelakskan diri’ di Astana Dugang,Putrajaya selama 3 hari 2 malam..Dapatlah aku berpeluang untuk ‘night walking’ di mana aku merasakan tatkala menjadi orang di hadapan,sokongan orang di belakang sangatla penting..Thanx kat Fazil yg sentiasa ‘menerangi’ jalan aku..

Tamat percutian x seberapa indah(penatnye ada bath-tub,tapi air xda..ceh!!).Aku memulakan langkah latihan di K13 dengan penuh semangat waja.Terus-terang memang aku mulanya penuh semangat untuk meneruskan semangat FOMCA aku dimana aku buat pertama kalinya tersenarai sebagai 10 pendebat terbaik liga,mengatasi 2 org senior dan rakan karibku,syam dan amer..hehe.Di Fomca juga buat pertama kalinya,aku melangkah ke Pentas Perdana untuk Debat-debat Utama dalam kalendar MADUM(sebelum ni ASTAR jorr..)tapi sayang di pentas perdana itu,kami dibelasah oleh trio UIAM..parah kami dibelasah,nasib baik luka itu kami tukarkan kepada semangat untuk menebus kembali maruah yg tercalar…

Sepanjang awal latihan,aku dapat rasakan aku masih menampilkan persembahan ‘par’ aku,dan sering aku dicalonkan juga ‘best speakar’ di kalangan kami sewaktu latihan.Mungkin kerana ‘mindset’ aku yg menganggap rakan sparring kami yg terdiri drpd 1 pasukan senior dan 3 junior adalah lawan yg senantiasa boleh ditelan tanpa perlu susah-payah menggigitnya(jgn terasa ea..korang sangat bagus,tapi itu memg ‘mindset’ aku supaya aku sentiasa berada pada par aku sepanjang latihan tersebut)..

Memang benarlah kata pepatah,Panas Tidak Semestinya Sampai ke Petang,Mungkin Hujan di T/hari..Samala seperti yg terjadi pd performance aku.Pada hemat aku,ia bermula selepas ‘friendly’ dengan team utama UiTM.Buat julung-julung kalinya aku berpeluang berdebat dengan Nizamudin Hamid@Mont..Insan yang pernah Kalui tewaskan di Pentas Akhir Debat Diraja 2005,Insan yang pernah membuat syamsul menggigil..akhirnya aku berpeluang untuk sparring denganya..Memang betul,Mont memang berada pada kelasnya yg tersendiri.Kegugupan juga melanda diri aku saat aku berlawan denganya dan tika itulah aku rasakn persembahan aku mula menurun..

Selepas sahaja friendly dengan UiTM dengan usul ‘Rumah Putih Cuma Bertukar Warna’.Ironinya usul ini akan kami ingat sampai bila-bila..Persembahan aku mula x mencapai par..Entahla apa yang berlaku dalam diri aku..Aku mula berasa takut dengan perubahan ini,apatah lagi kejohanan Diraja hanya sepekan jauhnya..

Kemuncak ketepuan performance dan Otak aku ialah pada minggu akhir latihan..dan aku sangat inginkan rehat..Kalo boleh aku nak sangat tengok wayang,Cerita James Bond yg aku terlepas untuk tontonya..huhu.(xpe,next sem..aku confirm akan slalu tngk wayang,coz ada org nk tman.hehe)..

Even x dapat nak tengok wayang,akhirnya kami berjaya juga keluar daripada kepompong Universiti tersebut..G Time Square,cari tie dan main Cosmo World..entahla,aku rasa sweet sangat kat sini..(sangat seronok ok)..Thanx untk Syam cos byrkan untk aku(tapi aku byar blik ngan isi minyak kete die..hehe)..

Kegembiraan,Keseronokan akan berganti dengan Kegugupan dan Ketakutan menjelang pagi 28 November…..hehe..teruskan membaca episod 2

3 responses to this post.

  1. Posted by adik kak yong on 16 Disember, 2008 at 6:58 am

    tq bebanyak… sbb bg aku join skali latihan korg..
    bez sgt..
    byk ilmu yg aku dpt.. kalo di beri peluang lg.. insyaALLAH…
    aku pegi lg…

    redzariz :Naqeeb@Syafiq..ehe..kitorang pun nak ucap bnyak2 tq kat ko..menolong kitorang,bagi pandangan..berguna 2 siap buat isi lagi..selaku ex-semesti,aku peribadinya sangat berbangga dgn ko kerana semangat nk teruskan perdebatan,insyallah.kitorang akan tlg yg termampu untuk ko tingkatkan prestasi..k.

  2. Posted by ieda on 16 Disember, 2008 at 8:31 pm

    cosmo world.mmg la best.tp ak muntah lak..adehh…tq kt ko sbb sediakan nyak angin utk ktrng..sgt bjase k..eheh..

    redzariz : ehe..sama2,kebetulan bwk minyk angin

  3. Posted by redapples on 18 Disember, 2008 at 8:29 pm

    aku rasa duit isi minyak kereta bukan bayaran tiket cosmo world tue.. tapi ko bayar dengan “Johan Royal” seperti yang aku tuntut tue..

    p/s : bila nak rasa duit JPA

    redzariz : wet jpa dh habis.hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: