Archive for 13 November 2008

Aku ada VIOS

Tapi bukan aku punyala..keh2..mana ada duit nak beli kete2 mahal cam2..Semalam,lepas sahaja pulang daripada kem.Kami semua duduk menginap di Kolej 13.Di blok Pluto..Malam tu aku dah memang berjanji dengan Kalui,nak menghantarnya beserta ngan Kak Dayah dan Adik Ipar Kalui ke KLIA(nak g honeymoon)..Maka aku menantila untuk dijemput menjadi Pemandu Peribadinya buat kali ke 2 dalam sejarah hidupnya  (1st time masa kat Reception ari tu di Ipoh).

Dalam 20 minit selepas tengah malam,Kalui datang menjemput aku dan Badri(Aku ajak Bad teman aku,Kalui x kasi ajak Amer,kalo x aku ajak dia).Kami bergerak la ke kawasan perumahan Kalui.berhenti minum kejap (nak bagi tayar sejuk katanya).Merasala makan maggi goreng yg macam maggi kuah yg dah kembang.

Pulang ke rumah Kalui,di sambut oleh Kak Dayah.Kak Dayah cam kcian2 jek aku kena anta diorag mlm2 ni(x susah mana pun Kak Dayah,lgpun nak dpt VIOS kan..hehe..bekorban la skit).Diorang kemas2 dan kami bertolak dalam pukul 2 lebey.

Suasana dalam kereta,Kalui banyak MELAHA aku..aku tau dia rajin melawat blog aku ni..tapi entri pokok bunga tu..tetap dia x phm mksudnya..keh2.. Di dalam kereta, aku agak segan gak disebabkan MASALAH MENGHAFAL NAMA JALAN ni akhirnya diketahui oleh Kalui dan juga Kak Dayah..siap ada kena perli2 lagi..keh2 x kisahla..janji ADA VIOS

Sampai di KLIA dalam pukul 3(cepat gak.mungkin dibantu dengan suasana jalan yg lengang..) Tampak risau di muka Kak Dayah,dia risau akan kitorang kot..Tapi Kalui..tetap cool..mungkin dah yakin dengan pemandu peribadinya ini..Usai memunggah semua barang miliknya(termasuk periuk nasi),Aku dan Badri mengucapkan selamat tinggal kepada mereka bertiga dan memulakan perjalanan pulang kami..

Akhirnya..AKU ADA VIOS..

p:s Seperti biasa perjalanan balik kami,aku terlajak lagi..kena lalu tol,terpaksalah membayar RM 6.30 untuk menggunakan perkhidmatannya..Suasana balik agak tenang namun disebabkan ketenangan itu,sesekali jarum Speedometer Vios menjangkau angka 150 km/j 120 km/j (masih lagi berhemah)..

Nak Tanam Pokok Bunga (cont..)

Emm selepas entry ni sebelum ni menjadi entry paling HIT..Aku rasa aku nak tamatkanla masalah aku,Aku tau ramai yg mengomen dan ramai lagi yg membaca TAPI X NAK KOMEN!..Aku tau tu semua..Terima Kasih diucapkan kepada kalian yg memberi komen dan cadangan.Aku masih belum jumpa penyelesaian cuma lepas ni.Aku x akan memaksa Pohon itu untuk tumbuh di laman aku.Biarla Dia..Tapi itu x bermakna aku akan abaikannya..AKU TETAP AKU..AKU MEMANG SUKA CABARAN..x kesahla kalau ia MENYEKSA diri ini..

p:s Takdir menentukan segalanya..percayalah