Balik rumah tempoh hari,aku suka menimbulkan perkara-perkara yg membolehkan aku berdebat dngn bapak aku..Tapi AWAS bapak aku bukan seorang yg mudah2 kita nak argue dngnnya.Kena pandai tengok tempat dan masa..Jadi,aku dah setkan,aku nak bukak topik,time aku tengah drive nak ke UPM,Sabtu lalu..
Time aku masih slow and steady membawa Proton Waja familyku (90 km/j je ok time 2).Aku mula bersuara..Topik yg mula aku bawakan adalah mengenai sukan,bola sepak..mengenai prestasi MU (tim pilihan bapak aku) sekali sekala bapak aku tampak menyokong Chelsea (eleh nak jaga ht aku la tu)..kami bersembang sambil2 aku menyelitkan mengenai cerita kambing2 aku(baru-baru ni banyak yg dh beranak..huhu x sempat tengok)..kemudian selepas penat bermukadimah,aku masuk ke topik utama..(INI HANYA PERBINCANGAN KAMI.KEBANYAKAN HANYA DALAM BENTUK PANDANGAN PERIBADI.TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN BUKTI KEPADA ISU2)
“Obama Menang Election hari tu” Ayat pertama aku untuk arguement utama aku..
“Haah,Lepas ni dia mesti Balik Indon” selamba jwapan bapak aku,merujuk pada Obama yg pernah skul kat sana..
“Malaysia Mac 2009 Plak!!” aku mula menunjukkan bibit2 nk ber argue ngan bapak aku..Susahlah camni habisla prospek pertanian along,Tapi Pak Lah memg patut berundurkan..
“Dah najib paksa2 die,nak x nak kenala die berundur”..ringkas jawab bapak aku.
Cukup dalam bentuk dialog aku sambung dalam bentuk pernyataan biasa,bapak aku tidak bersetuju pabila aku menyatakan pemerintahan Pak Lah lemah dan beliau memang perlu berundur..Bapak aku kata,Pak Lah memang lembut orangnya,tambahan pula beliau adalah seorang ahli agama,tindakan beliau akan berdasarkan waras pemikiran,beliau x mudah melatah seperti sesetengah pemimpin yg dah PENCEN..Mudah melatah x bertempat..bapak aku bersetuju Tun M lebih tegas orangnya,sifat Pak Lah yg lembut ni mengakibatkan ramai yg ambk kesempatan trutama mereka2 yg gemar nk menaikkan bangsa asing mereka sendiri.Aku tertarik pabila bapak aku menyatakan begitu banyak pengorbanan Pak Lah akhir2 ini..Terutama dalam memastikan komuniti utama penduduk Malaysia kembali bersatu.Isu2 berprofil tinggi segera diselesaikan kerana mungkin ada berkait dngan ORANG2 TERTENTU..masalah berkaitan pembelian ASET NEGARA di Portfolio kementerian barunya yg berpunca drpd PEMEGANG TERDAHULU..diselesaikan juga..Bahkan Pak Lah MEMBAYAR DOSA ORANG YG DAH PENCEN atas kesalahan CAMPUR TANGAN yg dilakukan ms kepimpinannya dahulu.Dalam perebutan untuk jawatan orang kanan partinya juga,Pak Lah dengan kedudukan orang pilihannya di tangga ke 2 pencalonan..
Jadi Pak Lah memang banyak bekorban.dah la sewaktu ambil alih negara,negara sedang bergolak dengan macam2 krisis yg ditinggalkan begitu sahaja.(kalo kalian ingatla krisis apa..aku malas nak cakap).Ni nak lepaskan jawatan,bekorban lagi.tinggalkan dengan kedaan yg sesuai.Xada nk songlap harta negara..Emm pujian memg wajar untuk beliau.Dari aspek kronisme..emm no komen yg pasti ahli keluarganya xadalah pegang Litar Lumba dan Resort2 bertaraf 5 bintg seperti yg dahulu ataupun memegang Bank utama di Negara seperti yg mendatang..tapi mungkin tetap ada..sebb 2,no komen..
Apapun kita tungu sajala Mac 2009 ni..aspek tumpuan pemilihan orang kanan parti..
Perbualan kami tamat apabila Jarum Speedometer Waja menunjukkan ke arah 160 km/j..aku tengok bapak aku dah terlelap.(Mak aku kata,bpak aku x tido..kakinya berpeluh..TAKUT agaknya..hehe..sory Abah