Archive for 10 November 2008

MAC 2009

Balik rumah tempoh hari,aku suka menimbulkan perkara-perkara yg membolehkan aku berdebat dngn bapak aku..Tapi AWAS bapak aku bukan seorang yg mudah2 kita nak argue dngnnya.Kena pandai tengok tempat dan masa..Jadi,aku dah setkan,aku nak bukak topik,time aku tengah drive nak ke UPM,Sabtu lalu..

Time aku masih slow and steady membawa Proton Waja familyku (90 km/j je ok time 2).Aku mula bersuara..Topik yg mula aku bawakan adalah mengenai sukan,bola sepak..mengenai prestasi MU (tim pilihan bapak aku) sekali sekala bapak aku tampak menyokong Chelsea (eleh nak jaga ht aku la tu)..kami bersembang sambil2 aku menyelitkan mengenai cerita kambing2 aku(baru-baru ni banyak yg dh beranak..huhu x sempat tengok)..kemudian selepas penat bermukadimah,aku masuk ke topik utama..(INI HANYA PERBINCANGAN KAMI.KEBANYAKAN HANYA DALAM BENTUK PANDANGAN PERIBADI.TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN BUKTI KEPADA ISU2)

“Obama Menang Election hari tu” Ayat pertama aku untuk arguement utama aku..

“Haah,Lepas ni dia mesti Balik Indon” selamba jwapan bapak aku,merujuk pada Obama yg pernah skul kat sana..

“Malaysia  Mac 2009 Plak!!” aku mula menunjukkan bibit2 nk ber argue ngan bapak aku..Susahlah camni habisla prospek pertanian along,Tapi Pak Lah memg patut berundurkan..

“Dah najib paksa2 die,nak x nak kenala die berundur”..ringkas jawab bapak aku.

Cukup dalam bentuk dialog aku sambung dalam bentuk pernyataan biasa,bapak aku tidak bersetuju pabila aku menyatakan pemerintahan Pak Lah lemah dan beliau memang perlu berundur..Bapak aku kata,Pak Lah memang lembut orangnya,tambahan pula beliau adalah seorang ahli agama,tindakan beliau akan berdasarkan waras pemikiran,beliau x mudah melatah seperti sesetengah pemimpin yg dah PENCEN..Mudah melatah x bertempat..bapak aku bersetuju Tun M lebih tegas orangnya,sifat Pak Lah yg lembut ni mengakibatkan ramai yg ambk kesempatan trutama mereka2 yg gemar nk menaikkan bangsa asing mereka sendiri.Aku tertarik pabila bapak aku menyatakan begitu banyak pengorbanan Pak Lah akhir2 ini..Terutama dalam memastikan komuniti utama penduduk Malaysia kembali bersatu.Isu2 berprofil tinggi segera diselesaikan kerana mungkin ada berkait dngan ORANG2 TERTENTU..masalah berkaitan pembelian ASET NEGARA di Portfolio kementerian barunya yg berpunca drpd PEMEGANG TERDAHULU..diselesaikan juga..Bahkan Pak Lah MEMBAYAR DOSA ORANG YG DAH PENCEN atas kesalahan CAMPUR TANGAN yg dilakukan ms kepimpinannya dahulu.Dalam perebutan untuk jawatan orang kanan partinya juga,Pak Lah dengan kedudukan orang pilihannya di tangga ke 2 pencalonan..

Jadi Pak Lah memang banyak bekorban.dah la sewaktu ambil alih negara,negara sedang bergolak dengan macam2 krisis yg ditinggalkan begitu sahaja.(kalo kalian ingatla krisis apa..aku malas nak cakap).Ni nak lepaskan jawatan,bekorban lagi.tinggalkan dengan kedaan yg sesuai.Xada nk songlap harta negara..Emm pujian memg wajar untuk beliau.Dari aspek kronisme..emm no komen yg pasti ahli keluarganya xadalah pegang Litar Lumba dan Resort2 bertaraf 5 bintg seperti yg dahulu ataupun memegang Bank utama di Negara seperti yg mendatang..tapi mungkin tetap ada..sebb 2,no komen..

Apapun kita tungu sajala Mac 2009 ni..aspek tumpuan pemilihan orang kanan parti..

Perbualan kami tamat apabila Jarum Speedometer Waja menunjukkan ke arah 160 km/j..aku tengok bapak aku dah terlelap.(Mak aku kata,bpak aku x tido..kakinya berpeluh..TAKUT agaknya..hehe..sory Abah

Advertisement

Aku Belajar Perkara Baru

Penat yang datangnya daripada aku ulang alik dari ipoh ke upm 3 hari ni mula menampakkan kesannya pada diriku ini.Perjumpaan yang aku hadiri di kolej 13 bertujuan untuk taklimat(sepatutnya aku yg kena bagi..tapi Syamsul yg tolong..TQ SYAM ^_^).Aku betul2 ngantuk,x tertahan mata ni menanggung siksaan dan derita menahan ngantuk.Selepas aku dapat sahaja moto daripda kak iqa dan shebby(wah mkan char kue teow ek korang..xlrat aq..ngantuk gler..) aku memecut pulang ke kolej..sampai kat kolej aku terus cari katil.Sempat gak sebelum terlelap aku balas msg daripada 2 org yg men msg ngan aku tika itu..x sampai 15 minit..AKU TERUSLEBUH’..ZZZ

Aku terjaga tatkala mndengar pintu bilik 117 aku ni diketuk bertalu2..mak aih cam nak pecah pintu..aku melihat jam..3.30 a.m..sapa plak ketuk bilik aku ni,getus hati kecil aku,xkan la JAIS..setahu aku diorang selalu wat serbuan area2 2 a.m dan kat kwasan2 ofis jek,ni nk serbu bilik aku yg luasnya besar sikit daripada drpd bilik tido aku kat umah(bilik kat umah muat letak 2 katil jek,cni siap leh sumbat almari lg..sempit tul).nk kata aku cuba buat maksiat..hmm xdala plak..yg ada aku dan kwan aq yg dah lena diulit mimpi..ngan berat hati aku bgnla bukak pintu..rupe2nye kawan aku..(x dpt nk blik kolej la 2..keh2 pdan muka).Dia masuk,kitorang sembang sikit2..dan dia leh lak terlena kat katil aku(yela time 2 aku dah duk nak ngadap laptop ni ha)..aku ngadap pg2 buta ni bkan pe,snang skit nak download lg2 yg direquest(kan ada segmen request skang ni)..cara plg snang adalh aq dload kat utube,convert ke mp3.lepas aku dload 2 lagu ngan jayanya(uspot cemerlang plak time2 cuti ni..yela ramai xda kan).nak dload lagu ke 3,ada problem..lagu tersebut x ada kat utube,lagu ke 4 dan 5 pun sama…terpaksala aku ‘googling dan yahooing’ nak cr website nk dload lg ni..result yg kuar..x memberansangkan..bnyak yg kuar adalah website2 yg xde guna pun..yg susahnyer bkan pe,ketiga2 lg ni merupakan dr satu albuim yg sama,bkan album pun..OST..hmm ni KATA HATI aq,mesti org yg request terpengaruh pas tngk muvie die..adeh,pnat gak aa aq mencari..tetap x memberangsangkan..mcm2 web dan blog yg menawarkan ‘perkongsian’ lagu secara percuma aku bkakk..x dpt2 gak..yg ada,hanyalah drpd IMEEM..website yg membolehkan kta dngar lg secara streaming,masalahnyer..X BOLEH NK DLOAD dr wbsite ni….

Lama gak aku mencari penyelesaian..terdetik gak untk msg beliau ktakan x dpt jmpa lg 3 lagu tu..emm aku x sampai hatila huhu..betullah USAHA TANGGA KEJAYAAN..mungkin berkat kesabaran dan ketabahan tangan ni meng’click’ semua link2 untuk wbsite2 akhirnya aku ketemu jawapan,dan aku tau jawapan ni akan sangat memudahkan proses aku untuk dload pasni dan masa2 akan dtg..berkat pertolongan insan2 anonymous di laman maya ni.( xtau pun sape,aq tngk tuitorial yg diorang wat je).AKU BELAJAR PERKARA BARU..aku xtau la kalo korang2 dah tau cara ni..tapi,aku dah bleh tau nak curi download lg secara illegal di IMEEM.Bukan main seronoknyer aku..x sampai 15 minit,dbantu dngan servis uspot yg cemerlang ni,ketiga2 lagu tu berjaya untuk aku download..PUAS HATI AKU..

p:s mudahla tugas aku pasni..hehe