Ramai orang kata USAHA TANGGA KEJAYAAN,bahkan sekolah aku dulu pun pernah menggunakan moto yg sama (sekolah rendah bukan SEMESTI ok..hehe).Tapi ramai yg mengatakan kebenaran dan peristiwa tidak menyebelahi moto tersebut.Mari kita kita lihat apa peristiwanya…
- Ammar Redza (bukan nama sebenar ) sudah memulakan study nya untuk peperiksaan SPM sejak tingkatan 4 lagi dan stdy intensif dimulakan 5 bulan sebelum peperiksaan tersebut. 6 jam sehari diperuntukkan untuk ulangkaji(x termasuk waktu persekolahan dan Tuisyen).Namun selepas keputusan keluar,dia hanya memperoleh 9A dan 1B,Rakannya yg memulakan stdy 3 bulan sebelum peperiksaan berjaya mendapat 10 1A.
- KDBM PUTRA (bukan kelab sebenar) telah memulakan latihan untuk satu pertandingan debat pd bulan Julai (nama pertandingan dirahsiakan) sejak 2 minggu lamanya,namun di kala pertandingan kelab tersebut tewas di tangan sebuah Universiti(namanya dirahsiakan) yg tidaklah dikenali ramai dengan prestasi debatnya.Kalah dengan Margin 9,dan seorang pendebat daripada KDBM PUTRA (namanya turut dirahsiakan) merasakan begitu malu kerana Kelabnya kalah pada Universiti yg diwakili oleh JUNIOR di sekolah lamanya.
- Norlida(bukan nama sebenar) berasa terkilan apabila namanya tidak tersenarai walaupun untuk pasukan JUNIOR B,dalam pertandingan debat yg bakal berlangsung pada akhir November,sedangkan dirinya telah berlatih bersungguh-sungguh bahkan performancenya dirasakn MELETOP!! dan jika boleh dikatakan,keupayaanya sebaris dengan nama-nama seperti Amiruddin,Syamsul,Ammar ( juga bukan nama sebenar )
Jadi mengapakah keadaan ini berlaku,???kita telah berusaha bermati-matian namun akhirnya kejayaan yg diimpikan x juga kelihatan.mana RELAVANNYA moto Usaha Tangga Kejayaan tersebut.Cuma sekadar penyedap bunyi dan cantik untuk ditulis di atas kertas,serta sebagai penambah rasa dalam karangan-karangan budak-budak PMR bolehlah,tapi untuk diguna dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.X kan maunya..
Jika itu yg kalian fikirkan,KALIAN SILAP!!.Kalian terlampau rigid jika hanya memerhatikan dalam satu perspektif sahaja.Mungkin kalian tidak sedar,dalam situasi di atas.Jika kita lihat daripada perspektif yg lain,mungkin kita akan ketemu jawapan.
- Rakan kepada Ammar Redza(bukan nama sebenar),meruipakan seorang pelajar yg baik.Sentiasa menumpukan perhatian di dalam kelas,x pernah tido.Waktu malamnya pula dipenuhi dengan solat tahajud dan bacaan Al-Quran.X pernah melawan kata-kata guru…Ammar Redza(bukan nama sebenar) pula.Dalam Kelas x pernah miss tido(mengantuk sebb stay up),waktu malamnya pula dipenuhi dengan gelak tawa,menyaksikan perlawanan Champions League secara curi-curi di Dewan Makan.Kata-kata guru sering saja dipertikai,almaklumlah darah muda..Jadi Bagaimana??
- Lawan pada KDBM PUTRA(bukan kelab sebenar) rupanya telah memulakan latihan SEBULAN lebih awal dan mereka mempunyai lebih banyak masalah,bukan sahaja dengan TNC malah dengan VC,dekan,lecturer..namun mereka sabar menghadapi masalah tersebut.KDBM PUTRA(bukan kelab sebenar) pula,datang latihan pun pukul 10.30,makan burger lagi la,sembang2 lagi la…akhirnya..sparring pun tidak..Jadi Bagaimana??
- Norlida(bukan nama sebenar) tidak mengetahui bahawa saingan dirinya seperti Fazil,Fazril dan FizaI(bukan nama sebenar) telah berusaha lebig gigih.Secara senyap2 mereka berjumpa dengan jurulatih(nama dirahsiakan) setiap minggu bertanyakan tentang prestasi,mereka juga baik dengan senior dan sering membelanja senior mereka.Norlida(bukan nama sebenar) pula..xpela.mungkin dia lebih faham tentang dirinya..Jadi bagaimana??
Lihat,berdasarkan situasi di atas benar atau tidak USAHA TANGGA KEJAYAAN..kita gagal mungkin kerana tangga kita tidak cukup tinggi untuk sampai pada lokasi kejayaan melambangkan usaha kita tidak cukup dan perlu ditambah,mungkin juga tangga kita reput dan mudah jatuh ketika memanjatnya melambangkan kita banyak main dalam berusaha..Percayalah sebenarnya moto ini tidak pernah menipu kita,tapi kita yg sering menggunakan moto ini untuk menipu diri kita sendiri..Teruskan USAHA anda
p:s Situasi diatas hanyalah rekaan semata-mata,tidak ada kaitan dengan yg hidup ataupun yg mati.Jika ada ia hanyalah kebetulan yg tidak disengajakan..
Komentar