Pengangkutan Awam

Aku mulakan pos kali ini dengan memberitahu situasi diri ini..Aku sebenarnye sedang mengalami sakit perut.Sejak kelmarin aku menanggung sakit ini.Namun disebabkan aku perlu menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke UPM hari ini, aku terpaksa menelan 2 biji actal bagi memastikan rectum,jejunum dan colon aku berada dalam keadaan stabil.

Aku bertolak daripada Ipoh pada pukul 1.30 p.m menaiki bas plusliner.perjalanan membosankan melalui PLUS highway.Cuma hp N73 dan beberapa teman yang menemani aku sepanjang 2 jam setengah perjalanan tersebut.Selebihnya aku lebih gemar melayan lagu-lagu ala2 jiwang yang terdapat dalam hp aku ni..

Sampainya di stesen KTM Kuala Lumpur,aku menangguhkan hajat hati nak ke tandas kerna ingin cepat tiba di UPM.Aku menaiki Komuter ke Seremban.Keadaan dalam Komuter tidaklah sesesak mana dan tidaklah pula selengang mana.Normal perkataan yg sesuai untuk aku gambarkan keadaan dalam komuter tersebut.Tren berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan.

Namun,tren tetiba sahaja berhenti berhampiran dengan stesen Salak Selatan,tapi x mengpalah kerna tika tren sedang berhenti,gerabak yg aku naiki tersebut dihiburkan dengan telatah 2 org anak kecil dan bapanya yg x letih melayan kerenah putera dan puterinya itu.Aku kagum dengan kesabaran yg dimiliki oleh Si Ayah.Membuktikan lelaki juga bisa melayan kerenah anak2 tanpa bantuan wanita.

Berbalik pada cerita aku mengenai Komuter ini.Kami tiba di stesen Salak Selatan selepas berhenti selama hampir 20 minit.Setibanya di sana pula Ratusan penumpang menanti kami,patutla ada tren yang tersangkut di stesen tersebut.Keadaan dalam tren mulai sesak dan perjalanan kami bermula semula 15 minit kemudian.Itupun selepas tren tersebut undur kebelakang dan masuik ke laluan bertentangan.Aku tiba di stesen Serdang 10 minit kemudian.Aku bertemui dengan Che yang sememangnya dah berjanji nak mengambil aku di sana.

Bagi aku yang belum berkenderaan lagi (Bagi aq ada kereta saja aq anggap berkenderaan kerana parents aku x kasi naik motosikal untuk perjalanan jauh) Pengangkutan Awam merupakan medium terbaik untuk aku bergerak ke mana2 dan di Malaysia, bagiku pengangkutan awam perlu ditingkatkan lagi,lebih2 lagi bagi menghubungkan antara bandar dan pinggir bandar.

p:s Aku pernah berdebat dengan usul Hentikan Subsidi Minyak,Tingaktkan Pengangkutan Awam:Satu Penyelesaian.Kami jadi kerajaan,lawan UniMAP.Menang besar,margin 8.5 dengan best speakarnye..AKU..hehe

One response to this post.

  1. Posted by redapples on 29 Oktober, 2008 at 6:33 pm

    perlu ke sebut best speakernya adalah ko??? subbb mengangkat diri..

    redzariz : 1st time best speakar sewaktu teamate ngan korunk.Jadi sejarah tau.hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: